Proton telah melancarkan Jelajah Proton e.MAS 7 bertempat di Centre of Execellence (COE), malam tadi. Acara ini ibarat simbolik penyerahan baton daripada Jelajah Dunia Geely E5 kepada Proton e.MAS 7 yang bakal memulakan kembaranya di seluruh Malaysia.
Siri jelajah ini bertujuan untuk berinteraksi dengan rakyat Malaysia serta memberikan mereka peluang pandang pertama untuk mengalami sendiri kenderaan ini yang akan menempuh lebih daripada 2,000km merentasi pelbagai jenis laluan dan landskap.
Jelajah Proton e.MAS 7 akan bermula pada 5 Oktober 2024, mengembara ke setiap pelusuk negeri di dalam Malaysia. Kembara jelajah bermula dengan Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor pada peringkat pertama.
Jelajah kemudiannya akan bergerak ke Pahang, Terengganu, dan Kelantan, diikuti oleh Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis.
Ia akan diteruskan melalui Kuala Lumpur dan Selangor sebelum menuju ke Malaysia Timur, bermula di Sabah dan berakhir di Sarawak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, jelajah ini bukan sahaja akan meraikan komuniti kita yang berwarna-warni ini tetapi juga memupuk hubungan yang erat dengan para pelanggan.
Sebelum jelajah ini bermula, orang ramai berpeluang untuk melihat Proton e.MAS 7 dan pasukan PRO-NET beraksi di lokasi utama di Putrajaya pada 25 September dan Shah Alam pada 26 September.
Perjalanan 3,700 km ke selatan Geely E5 menghadapi keadaan mencabar akibat Taufan Yagi. Sebagai model kembar Proton e.MAS 7, Geely E5 berjaya mengharungi air banjir dan pelbagai keadaan jalan tanpa sebarang insiden, menguatkan lagi keandalan teknologinya.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Strategi Proton dalam memperluas penerimaan EV dan ekosistem tempatan merangkumi kerjasama strategik dan perkongsian ilmu pengetahuan dalam menangani kebimbangan yang berkaitan dengan segmen ini.
Selain itu, usaha sama syarikat Geely telah membolehkan Proton e.MAS 7 dibangunkan secara serentak dengan Geely E5 yang dilengkapi dengan teknologi terbaik dunia.
Berdasarkan ketahanan dan keandalan yang ditunjukkan oleh Geely E5 semasa perjalanan 3,700 kilometer dari China ke Malaysia, Proton e.MAS 7 direka untuk berfungsi dengan baik dalam apa jua keadaan dari mengharungi cuaca yang mencabar sehingga mempamerkan keunggulan kejuruteraannya.
Ikuti Jelajah Proton e.MAS 7 di saluran media sosial rasmi dan berpeluang untuk ‘berinteraksi dengan pempengaruh’ semasa mereka meneroka stesen pengecasan dan mengunjungi hentian makanan yang terbaik di setiap negeri.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI