Demi memenuhi impian anaknya untuk menyambut hari lahir bertemakan Barbie, seorang bapa sanggup menghiaskan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Brabus 700 miliknya.
Menerusi perkongsian di media sosial Wani Elena. dia berkata, suaminya tekad untuk memberikan pengalaman Barbie dalam kehidupan sebenar buat anak mereka, Inara Elena yang berusia empat tahun.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
“Selamat hari lahir ‘gadis Barbie’ kami,” tulisnya di ruangan kapsyen. Selain menukar warna kereta daripada hitam kepada merah jambu, kenderaan tersebut turut dihiasi dengan pelekat Barbie.
Dalam pada itu, ruang but kereta itu juga dipenuhi dengan set permainan anak patung terkenal berkenaan. Setakat ini video tersebut yang tular di media sosial meraih sebanyak 587,400 tontonan dengan 59,800 tanda suka dan 5,951 perkongsian.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Tinjauan Kosmo! mendapati ruangan komen video berkenaan dihujani kata-kata positif yang memuji usaha keras pasangan terbabit dalam memberikan layanan istimewa pada hari lahir anak mereka.
“Murah rezeki suami awak bahagiakan isteri dan anak-anak selalu. Suka betul dengan pasangan ini,” tulis Tiya.
“Saya suka tengok, ini buatkan saya terinspirasi untuk bekerja keras dan dapat capai kehidupan seperti yang saya idamkan,” komen Psych. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI