ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video lama, Honda Civic plat Singapura telah pun disenarai hitam – Polis

Berita Tempatan

Views

Polis menyenarai hitam sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura selepas enggan memberhentikan kenderaan ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis trafik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata video yang tular di media sosial itu disahkan video lama yang dilaporkan berlaku pada 23 September tahun lalu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis Honda Civic bernombor pendaftaran SME 8063 K yang enggan berhenti selepas dikesan melakukan kesalahan trafik dengan memotong barisan.

Jelasnya, kereta itu memotong barisan di laluan lori untuk masuk ke Singapura dari Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Sehingga kini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan masih mengesan pemilik kenderaan itu dan ia (kenderaan) sudah disenarai hitam untuk tindakan selanjutnya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat komen di media sosial yang boleh menimbulkan spekulasi dan andaian negatif.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat itu memaparkan anggota polis trafik terbabit berusaha meminta pemandu kereta itu untuk menurunkan cermin pintu.

Namun, pemandunya enggan dan meneruskan perjalanan secara perlahan keranan keadaan trafik yang sesak. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply