ARKIB

KATEGORI

Buletin

Detroit Auto Show dibatalkan, pusat pameran bakal jadi hospital COVID-19

Berita Global

Views

Jika di Malaysia, Kementerian Kesihatan kini sedang menyiapkan sebuah pusat kuarantin COVID-19 di Dewan Pameran Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), negara ‘Uncle Sam’ juga turut mengambil langkah serupa sebagai persediaan untuk menghadapi gelombang pandemik tersebut.

Pusat pameran TCF Center yang sepatutnya menjadi tuan rumah kepada North American International Auto Show (NAIAS) yang terpaksa dibatalkan bakal bertukar kepada hospital tambahan untuk merawat pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Menerusi satu hantaran di laman Facebook U.S. Army Corps of Engineers Detroit District, telah mengesahkan Michigan National Guard dab beberapa agensi negeri dan persekutuan negara tersebut telah melawat TCF Center untuk untuk merancang bagaimana untuk menukar kompleks berkenaan menjadi “kemudahan rawatan alternatif” untuk pesakit.

Perancangan ini telah mula berlegar sejak beberapa hari lalu kerana kapasiti hospital di tenggara Michigan kini sudah hampir ke tahap maksimum. Negeri tersebut antara yang paling teruk terjejas akibat coronavirus dengan 4,650 kes dan 111 kematian. Angka tersebut semakin membimbangkan dan ia menjadi salah satu sebab mengapa Presiden Donald Trump mengumumkan negeri tersebut sebagai kawasan bencana utama sejak Sabtu lalu.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Sepatutnya NAIAS 2020 dijadualkan berlangsung pada bulan Jun nanti dan buat pertama kalinya ia akan dilangsungkan pada musim panas. Dijangka beberapa model akan diperkenalkan, antaranya Volkswagen ID.4 selain model-model baharu dari General Motors.

Acara tersebut turut mengikut jejak Geneva Motor Show yang terpaksa dibatalkan pada saat akhir, selain beberapa acara permotoran terbesar dunia yang lain seperti di Beijing, New York dan Goodwood Festival of Speed yang terpaksa ditunda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply