ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penumpang bas Arwana Ekspres (VM 2629) pada 1 Mac dari TBS ke Lumut sedang dicari

Berita Tempatan

Views

Selepas Plusliner dan Jasmine, kini giliran penumpang bas Arwana Ekspres pula dicari oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak. Harian Metro melaporkan, PKD Hilir Perak kini sedang mengesan penumpang bas Arwana Ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Lumut, Perak pada 1 Mac lalu.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Mereka diminta menghubungi PKD Hilir Perak dengan kadar segera dipercayai bagi menjalani ujian saringan COVID-19. PKD Hilir Perak menerusi kenyataan di Facebook rasminya, kelmarin memaklumkan bas ekspres bernombor pendaftaran VM 2629 itu dilaporkan bertolak dari TBS pada 11.30 pagi.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Bas berkenaan dilaporkan turut berhenti di Hentian Duta, Teluk Intan dan Manjung sebelum hentian terakhir di Lumut. Berikutan itu, semua penumpang bas terbabit diminta menghubungi Bilik Gerakan PKD Hilir Perak di talian 05-6224828 atau PPKP Saddiq 013-372 7480 dengan segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply