ARKIB

KATEGORI

Tular

Didakwa jadi punca kemalangan Shukri Yahya dalam perlumbaan GR Vios Challenge, warganet tuntut Ezzrin Loy buat pemohonan maaf

Tular

Views
TGR Festival Vios Challenge Season 6 Round 2 - LIVE Stream #2

Warganet menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada adik lelaki kepada Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy, selepas didakwa menjadi punca jentera lumba Vios yang dipandu oleh pelakon, Shukri Yahaya kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), malam tadi.

Kemalangan tersebut berlaku pada selekoh terakhir sebelum menuju ke pentas utama (grand stand) ketika saingan berbaki 17 pusingan lagi dalam perlumbaan kedua kategori selebriti, kelas Promotional, GR Vios Challenge Musim ke-6.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menerusi video tular di TikTok, jentera lumba Vios bernombor 24 yang dipandu Shukri Yahya, dilihat hilang kawalan selepas dihimpit oleh jentera yang bernombor 97 yang dipandu Ezzrin Loy.

Cara pemanduan Ezzrin yang cuba ‘memotong dari tepi litar’ dikritik hebat oleh warganet. Lebih menyedihkan apabila anak perempuan Shukri yang menonton perlumbaan itu menangis sebaik sahaja melihat bapanya kemalangan.

Menurut perkembangan terkini yang dikongsi isterinya, Shukri dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan di leher dan meminta peminatnya tidak perlu risau.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Di media sosial, adik-beradik serta peminat Shukri tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buatnya. Buat masa ini jentera #lucky24 yang dipandu Shukri perlu direhatkan buat seketika.

Festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) telah memasuki Musim ke-6 dan menyaksikan beberapa kategori dipertandingkan, antaranya kelas Super Sporting, Sporting, Promotional dan Rookie.

Menurut kenyataan media rasmi, acara perlumbaan tersebut telah menerima lebih 1.5 juta tontonan secara dalam talian. – Oh! Media

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TOYOTA GAZOO Racing Malaysia

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply