ARKIB

KATEGORI

Tular

Padah buat aksi ‘Superman’ dan langgar lampu isyarat merah, remaja maut

Tular

Views

Remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di simpang lampu isyarat di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berdekatan Astaka Seagate di Georgetown, hari ini.

Kejadian 4.30 pagi itu menyebabkan remaja berumur 18 tahun yang juga pekerja swasta mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala pemandu Proton Persona yang juga remaja lelaki berusia 18 tahun cedera di tangan kiri.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Berdasarkan video tular, mangsa dilihat menunggang motosikal Yamaha RX-Z dan melakukan aksi ‘Superman’ bersaing dengan seorang lagi penunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan polis mendapati mangsa dari arah Batu Maung dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kereta yang sedang membuat pusingan U di laluan berkenaan.

Siasatan menunjukkan pemandu kereta itu menuju ke arah restoran nasi kandar di Jalan Tengah dari Queens Waterfront. Apabila kereta itu tiba di lampu isyarat Astaka Seagate, ia membelok ke kanan kerana lampu bertukar hijau.

“Tiba-tiba motosikal itu datang dari arah bertentangan dan melanggar kereta. Akibatnya, pemandu kereta itu mengalami kecederaan di tangan kiri manakala penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pihak polis memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang dan peraturan berkaitan lalu-lintas dan menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada

Kamarul berkata, polis turut menyiasat sama ada mangsa mungkin terbabit dalam kegiatan perlumbaan haram sebelum kemalangan itu berlaku.

Beliau berkata, polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta menjejaki saksi untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit China Press (中國報)

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply