ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto KIA Picanto facelift 2024 varian ‘GT-Line’ tertiris!

Foto Tiris

Views

Setelah beberapa kali unit prototaip model hatchback kecil KIA, iaitu Picanto versi facelift 2024 dikesan menjalani ujian, akhirnya wajah sebenar varian ‘GT-Line‘ model tersebut tertiris di laman maya.

Saiznya masih lagi sama, namun beberapa perubahan kosmetik telah dilakukan oleh KIA dengan menyuntik beberapa elemen rekaan dari model SUV, EV9.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Picanto facelift dilihat memakai jeriji ‘Tiger Nose’ serba baharu serta rim dengan kemasan corak separa-berkilat yang kelihatan tiga-dimensi.

Lampu siang LED (DRL) rekaan baharunya dilihat mengelilingi lampu projektor utama jenis LED, sekali gus mengubah rupa keseluruhan Picanto facelift.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dari belakang, rekaan lampunya turut berubah dan kelihatan bersambung antara satu sama lain dengan membentuk satu jejalur cahaya.

Pengeluar kereta dari Korea Selatan itu dijangka akan menawarkan pelbagai ciri sistem bantuan pemandu pada model tersebut, antaranya Bantuan Hindar Kemalangan Titik-Buta (BCA), Bantuan Hindar Kemalangan Lintasan Belakang (RCCA), Bantuan Kekal Lorong (LFA) dan Amaran Perhatian Pemandu (DAW).

Dari segi rangkaian kuasa pula, ada ura-ura mengatakan KIA bakal menambah pilihan hibrid-sederhana bagi mendapatkan jumlah jualan yang lebih baik, terutama sekali di pasaran Eropah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit newcarscoops.com

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply