Seorang pemandu kereta mewah dipercayai mabuk merempuh tiga kereta lain dalam kejadian di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 9.50 malam di parkir valet IOI City Mall itu, kereta mewah jenis Porsche 911 Carrera dipandu seorang lelaki dikatakan terlebih dahulu terlanggar penghadang jalan dan hilang kawalan sebelum merempuh tiga kereta lain.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kereta itu merempuh tiga kereta lain, Toyota Corolla Cross, Honda Jazz Hybrid dan Honda CR-V yang berada di sebelah kiri kotak parkir valet.
Katanya, kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kereta. Lokasi kemalangan mempunyai satu lorong setiap hala selain permukaan jalan rata dan kering.
Pihaknya sudah merakam keterangan tiga pemilik kereta, namun pemilik kereta mewah itu belum dirakam keterangan setakat ini.
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya juga akan meneliti sistem rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian termasuk meminta saksi kejadian untuk membantu siasatan.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.
Sebelum ini, rakaman video kejadian itu tular di aplikasi TikTok yang memaparkan pemandu Porsche itu hampir dibelasah pemilik kereta yang dirempuhnya namun, berjaya ditenteramkan oleh polis. – UTUSAN
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
KOMEN TERKINI