ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda CR-V kini dengan pilihan warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan dua warna baharu, iaitu Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic bagi model CR-V (Comfortable Runabout Vehicle). Kedua-dua warna baharu ini akan menggantikan Passion Red Pearl dan Modern Steel Metallic.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic telah mendapat sambutan hangat sejak mula diperkenalkan pada model City, City Hatchback, Civic, BR-V dan HR-V serba baharu, manakala Accord turut menerima warna Meteoroid Gray Metallic.

Kedua-dua warna tersebut menjadi pilihan popular dengan warna Ignite Red Metallic menyumbang secara purata 18 peratus jualan. Warna Meteoroid Gray Metallic pula telah menyumbang secara purata 24 peratus jualan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sejak diperkenalkan pada 2017, Generasi kelima CR-V merekodkan jualan lebih 63,000 unit dan versi faceliftnya yang dilancarkan pada November 2020 telah terjual lebih 27,000 unit hingga ke hari ini. CR-V turut menyumbang 12 peratus daripada jumlah jualan syarikat dari bulan Januari hingga Julai 2022.

Model yang dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbocas yang menjana output sebanyak 193PS dan daya kilas maksima 243Nm, turut dilengkapi dengan Honda SENSING dengan lapan ciri keselamatan. CR-V ditawarkan dalam empat varian yang terdiri daripada 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD, 1.5L TC-P 4WD dan Black Edition.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply