ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto sedan EV Xiaomi MS11 bocor!

Berita Global

Views

Lazimnya nama Xiaomi cukup tersohor dengan telefon pintar dan juga perkakasan elektrik/elektrnik, tapi kali ini gergasi teknologi dari China itu mula ‘berjinak-jinak’ dengan bidang pembuatan kereta (automotif).

Xiaomi dijangka melancarkan sebuah model sedan elektrik pada 2024 dan reka bentuknya mula tular di laman maya dan media-media sosial, termasuklah di Weibo.

Xiaomi mula menubuhkan bahagian pembangunan kenderaan pada tahun 2021, dengan membeli syarikat teknologi pemanduan autonomi Deepmotion Tech dan membina kilang pembuatan EV tidak lama kemudian.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Mereka juga telah mempersiapkan prototaip kejuruteraan pertama mereka pada musim panas lalu dan kini, versi pengeluaran kenderaan itu, yang dipanggil MS11, telah pun tertiris.

Secara keseluruhan, reka bentuk sedan itu nampak segak dengan siluet gaya-coupe sportback, sama seperti model EV lain yang mementingkan aerodinamik.

Sekilas pandang, rekaannya persis kacukan model McLaren di bahagian depan, manakala lampu belakangnya mirip Aston Martin DBS.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Bentuk rimnya pula hampir seiras dengan Lamborghini Huracan Evo dan ia turut dihiasi dengan angkup brek Brembo berwarna kuning terang.

Selain itu, Xiaomi MS11 turut dilengkapi dengan penderia lidar pada bahagian bumbung dan pemegang pintu tersembunyi. Model ini juga dijangka memberi lebih tumpuan kepada teknologi swapandu (pemanduan autonomi).

Buat masa ini tiada sebarang informasi berkaitan dengan jarak tempuh dan spesifikasi kuasanya, namun menurut portal CarNewsChina, model ini akan menggunakan bateri yang dibekalkan oleh CATL dan BYD.

Motor elektriknya pula akan dihasilkan secara dalaman oleh Xiaomi sendiri. Sebaik sahaja MS11 dilancarkan secara rasmi, ia bakal berentap dengan kereta keluaran Sony dan Honda, Afeela serta beberapa model lain yang dibangunkan oleh syarikat teknologi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply