ARKIB

KATEGORI

Buletin

Disangka maut kerana diselimuti kain putih, rupanya mangsa kemalangan hanya cedera

Berita Tempatan

Views

Dua mangsa kemalangan di Lebuh Raya Perling berhampiran Sungai Danga di Johor Bahru, yang disangka maut oleh pengguna jalan raya berdasarkan keadaan kereta yang remuk pada awal pagi ini, sebenarnya hanya cedera.

Berita Harian melaporkan, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor pihaknya terima panggilan kecemasan jam 2 pagi nahas yang membabitkan seorang lelaki 25 tahun dan perempuan 20 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Jelasnya, sebuah jentera dengan kekuatan 12 anggota dikerah ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazaruddin Ahmad. Kemalangan membabitkan Proton Wira yang terbabas. Dua mangsa tersepit sebelum mereka dikeluarkan dengan peralatan khas.

Mangsa kemudian diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan manakala operasi tamat jam 3.19 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Terdahulu, beberapa pengguna jalan raya memuatnaik gambar lokasi kejadian, kereta serta mangsa.

Malah berdasarkan keadaan kereta yang remuk serta mangsa yang diselimuti kain putih, ada pengguna jalan raya menzahirkan ucapan takziah kerana menyangka mangsa telah meninggal dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit HM Shahdan Shamsudin

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply