ARKIB

KATEGORI

Buletin

HSDM lancar Hyundai Palisade facelift – Pilihan enjin petrol dan diesel, harga dari RM368,888

Berita Tempatan

Views

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini melancarkan Hyundai Palisade facelift dengan menampilkan gaya yang lebih premium dan mewah serta ruang dalaman yang lebih selesa.

Berikut adalah senarai harga, pilihan varian dan enjin yang ditawarkan untuk Palisade facelift:

  • Varian Executive 8-tempat duduk (enjin diesel) – RM368,888
  • Varian Executive 8-tempat duduk (enjin petrol) – RM378,888
  • Varian Luxury 7-tempat duduk (enjin diesel) – RM389,888
  • Varian Luxury 7-tempat duduk (enjin petrol) – RM399,888

Dengan ciri yang dipertingkatkan dan pengenalan sistem bantuan pemandu termaju, harga Palisade facelift hanya mengalami sedikit peningkatan, kira-kira 12 peratus lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Selain itu, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan harga termasuklah kenaikan harga bahan mentah dan juga kadar pertukaran mata wang asing.

Rupa paras Palisade facelift tampil lebih garang dengan jeriji yang lebih lebar dan elemen perisai parametrik yang nampak lebih premium.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ia juga menampilkan lampu hadapan jenis LED yang diposisikan secara menegak, manakala lampu belakang LED juga disusun dengan kedudukan yang sama.

Melengkapi perubahan gaya luaran Palisade facelift adalah rim aloi rekaan berbilang-jejari bersaiz 20-inci dan kemasan pada bahagian bawah hadapan plat gelincir bagi menyerlahkan lagi gaya lasaknya.

Di ruangan kabin pula, Palisade facelift dilengkapi dengan sistem infohibur bersaiz 12.3-inci yang dinaiktaraf dengan grafik antara muka baharu yang lebih canggih, tempat duduk baris kedua dengan fungsi satu-sentuhan, bolong pendingin hawa rekaan baharu yang lebih langsing, pengecasan nirwayar berkapasiti 15 watt dan slot USB-C.

Dari segi muatan kargo pula, SUV ini mampu memuatkan kapasiti sehingga 1,297 liter apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat dan hanya 509 liter semasa kesemua tempat duduk tersebut dinaikkan.

Palisade facelift dikuasakan oleh pilihan enjin petrol 3.8-liter V6 dwi CVVT pancitan-terus yang menjana kira-kira 295 PS pada 6,000 rpm dan 355Nm daya kilas pada 5,200 rpm.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Manakala untuk diesel pula, ia dijana oleh enjin R2.2 CRDi empat sebaris yang menghamburkan kira-kira 200 PS pada 3,800 rpm dan 440Nm daya kilas pada 1,750-2,750 rpm.

Kedua-dua pilihan rangkaian kuasa ini disambungkan kepada transmisi lapan-kelajuan automatik dengan penukar tork berbilang plat dan konfigurasi pacuan empat roda HTRAC®.

Dari segi keselamatan, Palisade facelift ditawarkan dengan Hyundai SmartSense secara standard untuk kesemua varian yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Jelajah Pintar(SCC)
  • Bantuan Hindar-pelanggaran Titik-buta (BCA)
  • Bantuan Hindar-pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Ikut Lorong (LFA)
  • Bantuan Hindar-pelanggaran Hadapan (FCA)
  • Bantuan Pancaran Lampu Tinggi (HBA)
  • Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)
  • Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LVDA)

Palisade facelift turut dilengkapi dengan enam beg udara, ABS, ESC, Bantuan Mula Mendaki (HAC), Brek Berbilang Pelanggaran (MCB), Bantuan Kestabilan Treler (TSA), Sistem Bantuan Parkir serta cangkuk ISOFIX.

Palisade facelift hadir dengan jaminan selama dua-tahun atau 50,000km (yang mana terdahulu). Pilihan jaminan lanjutan selama lima-tahun atau 300,000km (yang mana terdahulu) serta servis percuma selama tiga tahun turut ditawarkan pada harga RM11,000 untuk varian petrol dan RM12,000 untuk varian diesel.

Tempahan Palisade facelift kini dibuka di semua bilik pameran sah Hyundai. Mereka yang berminat juga boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi platform beli-belah baharu Hyundai, Cl!ck to Buy.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply