ARKIB

KATEGORI

Buletin

Diskaun 50 peratus bayaran saman trafik secara dalam talian mulai 18 hingga 21 Mei 2020

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Datuk Azisman Alias mengumumkan pembukaan semula kaunter perkhidmatan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat bermula 18 Mei 2020.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Ia bagi memudahkan orang ramai untuk melangsaikan bayaran saman serta pembekalan dokumen-dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans. Selain itu PDRM turut menawarkan pemberian diskaun saman 50 peratus bagi saman-saman terpilih jika membuat pembayaran secara dalam talian menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my selama empat hari bermula dari 18 hingga 21 Mei 2020.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

JSPT menyeru orang ramai yang ingin berurusan di kaunter-kaunter tersebut supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Berikut adalah jadual waktu urusan di kaunter mengikut negeri:

  • Isnin hingga Rabu (9 pagi hingga 2 petang) – Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pada hari Jumaat, kaunter hanya akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
  • Isnin, Rabu dan Ahad (9 pagi hingga 2 petang) – Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply