ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari pemandu Myvi lawan arus di Jambatan Pulau Pinang

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, polis kini sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang melawan arus sehingga menyebabkan seorang maut dan seorang lagi patah kaki kiri di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.35 pagi, mangsa Mohamad Hafiz Bakri, 31, dan Lim Kar Tian, 34, menunggang motosikal sebelum dilanggar kereta yang dipandu secara melawan arus. Akibat kemalangan itu, Mohamad Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Kar Tian cedera di kaki kiri.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi itu memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

Jelas beliau, selepas melanggar kedua-dua penunggang motosikal itu dia terus melarikan diri. Tambah beliau, ketika kejadian, pengguna jalan raya lain tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta suspek dan usaha mengesannya giat dijalankan.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Shafee berkata, mayat Mohamad Hafiz dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan laporan mendapati dia maut akibat kecederaan pada kepala. Kar Tian juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi polis atau tampil di balai berhampiran. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Penang Kini

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply