ARKIB

KATEGORI

Buletin

Diskaun tol 20 peratus di lebuh raya PLUS dan LPT2 esok!

Berita Tempatan

Views

Ini berita gembira buat para pelanggan rangkaian Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)! Esok (25 Januari 2020) mereka berpeluang untuk menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail mengumumkan pada 25 Januari ini, pelanggan lebuh raya akan diberikan diskaun tol sebanyak 20 peratus ketika membayar tol di antara jam 12:00 pagi hingga 11:59 malam.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan mula memasuki lebuh raya pada jam 7 malam pada 24 Januari dan keluar dari lebuh raya serta membuat bayaran tol pada jam 12:15 pagi pada 25 Januari, mereka akan layak menikmati diskaun perayaan tersebut.

Diskaun tol 20 peratus ini diberikan kepada pelanggan Kenderaan Persendirian ketika melakukan perjalanan di lebuh raya berikut:



  • Lebuhraya Utara-Selatan
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Walau bagaimanapun, diskaun tersebut tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang. Ia juga tidak ditawarkan kepada pelanggan di Jambatan Pulau Pinang yang sedang menikmati diskaun tol 20 peratus yang sedia ada melalui kad Touch ‘n Go.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply