ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua cedera, tabung NGV lori ikan meletup

Berita Tempatan

Views

Dua lelaki termasuk seorang warga emas cedera selepas tabung gas asli (NGV) sebuah lori meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Langkasuka, Kawasan Perindustrian Dato Onn di Larkin pada Selasa.

Menurut Sinar Harian, Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Faiz Suleiman berkata, panggilan berhubung kejadian itu diterima pada jam 12.05 tengah hari.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Seramai 14 anggota bersama sebuah jentera FRT, tiga unit Bermotor Bomba (RIM) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dkejarkan ke lokasi kejadian.

Tambah beliau, sejurus tiba di lokasi, berlaku letupan tong NGV sebuah lori membawa muatan ikan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut Mohd Faiz, letupan berlaku semasa pengisian gas ke dalam tabung lori berkenaan. Pekerja stesen minyak berusia 57 tahun mengalami kecederaan selepas terkena serpihan tabung NGV yang meletup.

Lelaki itu kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Manakala pemandu lori berusia 64 tahun mengalami kecederaan ringan di tangan.

Letupan menyebabkan kerosakan pada sebuah teksi jenis Proton Persona, struktur bangunan stesen minyak berkenaan dan sebuah premis berdekatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply