ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki hentak cermin Proton X50 dengan topi keledar, tak puas hati kena hon

Tular

Views

Gara-gara dihon, seorang lelaki bertindak luar kawalan menumbuk dan memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan topi keledar dalam kejadian di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, di Cheras, kelmarin.

Menurut KOSMO! ONLINE, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya terkesan klip video tular di Facebook sekitar pukul 8.30 pagi tadi berhubung kejadian itu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Katanya, video tersebut memaparkan kejadian cermin kereta dipecahkan dengan menggunakan topi keledar berhampiran sebuah lampu isyarat.

Hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 9.39 malam, kelmarin. Pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian ini dan sehingga kini beberapa orang saksi telah dirakam percakapannya.

Menurut Zam Halim, suspek bertindak demikian kerana telah dihon oleh mangsa sewaktu dirinya melanggar lampu isyarat.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Rentetan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian tersebut.

Baru baru ini, tular satu klip video dipercayai seorang lelaki yang berang menumbuk cermin sebuah kenderaan lalu memecahkannya menggunakan topi keledar.

Mangsa mendakwa membunyikan hon kepada lelaki itu kerana memotong lampu isyarat merah lalu masuk ke laluan digunakannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply