ARKIB

KATEGORI

Buletin

LRT Laluan Kelana Jaya terganggu akibat sistem PIES disambar petir, Rapid Rail mohon maaf

Berita Tempatan

Views

Pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu hantaran di laman Facebooknya sebentar tadi memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat gangguan teknikal yang berlaku pada jam 5.46 petang.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Gangguan ini berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau ‘Passenger Intruder Emergency System‘ (PIES) yang teraktif (activated) secara tiba-tiba disyaki telah disambar petir di Stesen LRT Kerinchi dan menyebabkan tren dari kedua dua arah tidak dapat melalui kawasan tersebut.

Kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih. Akibat daripada gangguan tersebut, semua tren yang melalui kawasan tersebut terpaksa dipandu secara manual.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ini mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen. Perkhidmatan bas perantara percuma telah disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni.

Kakitangan operasi dan Polis Bantuan telah ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.
Pengumuman menerusi laman media sosial Rapid KL, di stesen dan di dalam tren telah dilakukan untuk makluman pengguna.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply