ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua maut kereta terbabas rempuh pam minyak

Berita Tempatan

Views

Dua lelaki maut, manakala seorang lagi cedera apabila kereta dinaiki merempuh sebuah pam di stesen minyak di Kampung Melayu, Pandan, di Johor Bahru, awal pagi tadi. Berita Harian melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.26 pagi itu, pemandu kereta, P Jayapal, meninggal dunia apabila tercampak keluar sebelum dihempap kereta yang dipandunya di stesen minyak berkenaan.

Rakannya, R Kativaran, 33 yang duduk di tempat duduk hadapan pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang belakang, Edriana Chong, 21, cedera parah di bahagian kepala. Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais, berkata ketika kejadian kereta Honda City dinaiki mangsa menghala ke Kota Tinggi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Jelas beliau, setibanya di lokasi kejadian, kereta mangsa yang berada di lorong kanan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tembok pembahagi jalan susur masuk ke sebuah stesen minyak ketika melalui selekoh jalan di situ.

Akibat dari rempuhan itu, kereta mangsa berpusing sebelum melanggar tembok tiang pam minyak berkenaan. Rempuhan mengakibatkan Jayapal yang memandu kereta tercampak keluar dari kenderaan itu sebelum tersepit di bawah kereta berhampiran pintu hadapan sebelah pemandu manakala Kativaran pula tersepit di dalam kereta.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Tambahnya, Edriana yang duduk di bahagian belakang pula cedera parah di kepala dan kini dirawat di Zon Kuning Hospital Sultan Ismail (HSI). Shahurinain berkata, kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa itu akan dibawa ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan ( PBK) II Khairul Azhar Abd Aziz, berkata pihaknya menggunakan kaedah ‘air lifting bags‘ untuk mengangkat kereta itu dan mengeluarkan mangsa. Jelas beliau, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dikeluarkan dari kereta kira-kira 10 minit sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut manakala penumpang wanita yang parah dikejarkan ke hospital oleh unit EMRS.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply