ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Jika Perodua mahu bikin sedan dari pelantar Myvi, mungkin inilah rupa yang paling ‘ngam’!

Gambaran Artis

Views

Seperti biasa jika ada gambaran artis sebegini, lazimnya ia dibuat oleh sifu manipulasi digital tersohor, Chin Swee Hoe @ Theophilus Chin. Untuk karya terbaharunya kali ini, Theo membayangkan model sedan segmen-B Perodua yang dibangunkan dari pelantar Myvi.

Pada asalnya, Theo ingin memberi gambaran bagaimana rupa sedan pertama dari Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP) yang diterajui oleh DreamEDGE, namun disebabkan nama rasmi jenama baharu itu masih belum diumumkan, maka perancangan terpaksa diubah dengan menampal lencana Perodua pada rekaan tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Sebenarnya, asas rekaan sedan ini datangnya dari model konsep Daihatsu DN F-Sedan yang telah dipertontonkan buat pertama kalinya di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada tahun 2017. Rekaan asal Daihatsu DN F-Sedan telah diolah supaya lebih ke arah model produksi dengan mengekalkan gaya model konsep.

Rekaan sedan ‘bayangan’ ini kelihatan padu, terutama sekali lekuk-lekuk pada badannya yang membuatkan model ini nampak ‘sado’ dan berotot. Penulis sangat yakin, sekiranya model ini tanpa sebarang lencana, sudah pasti ramai yang menjangkakan ia sebuah model sedan keluaran jenama Eropah, kerana gaya rekaannya yang kemas, ringkas dan moden .



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Reka bentuk gaya coupe dan fastback empat pintu model ini menjadikan penampilannya seperti sebuah kereta mewah. Ditambah pula dengan pilihan enjin hibrid dan transmisi terkini, serta tanda harga yang mampu milik, sudah pasti ia menjadi pilihan ramai.

Jika Daihatsu bercadang untuk mengeluarkan model sedan ini pada masa akan datang, penulis yakin ia mungkin bakal menjadi sedan kedua dari Perodua. Model sedan yang berada dalam segmen-B ini bakal menggugat penguasaan Honda City, Toyota Vios dan juga Proton Persona nanti.

Apa pandangan anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu DN-F Sedan Concept

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply