ARKIB

KATEGORI

Buletin

E-skuter Beam kini boleh didapati di sembilan universiti seluruh negara

Berita Tempatan

Views

Beam Mobility telah bekerjasama dengan beberapa universiti di Malaysia bagi menyediakan e-skuter Beam dalam usaha untuk menggalakkan perjalanan bebas kereta bagi generasi muda Malaysia. Beam kini boleh didapati di sembilan universiti, iaitu:

  • Universiti Sains Malaysia Penang (USM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah
  • International University of Malaya-Wales (IUMW)
  • EduCity Iskandar
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Pahang

Lebih banyak universiti dijangka akan mengguna pakai e-skuter Beam tahun ini. Pada ketika ini, jumlah tunggangan telah melepasi angka 1,000 di seluruh universiti di Malaysia setiap hari.

Menurut Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew, pihaknya menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan ruang yang digunakan oleh kereta, sekali gus menangani isu ruang parkir yang terhad di dalam kampus.

Dengan kehadiran Beam di kampus-kampus, warga universiti, pelajar, dan juga pensyarah boleh menggunakan e-skuter Beam untuk perjalanan antara bangunan fakulti, dewan kuliah, kemudahan sukan dan riadah serta bangunan kediaman.

E-skuter kongsi Beam akan diletakkan di lokasi utama di dalam dan sekitar kampus-kampus. Para pelajar boleh menunggangnya dengan kadar bayaran semasa yang berpatutan iaitu RM0.60 seminit.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Di EduCity Iskandar, e-skuter Beam digunakan secara aktif oleh pelajar dari sembilan universiti berbeza di seluruh kampus seluas 305 ekar dengan pantas, di samping mengurangkan kebergantungan kepada kereta dan merendahkan pelepasan karbon.

Selain itu, sejak Disember 2022, Beam telah dijadikan rakan pelaksana untuk Sandbox of Sustainable Micromobility Integration and Innovation, satu kerjasama selama setahun antara Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan URBANICE Malaysia.

Perkongsian ini meneroka inovasi mobiliti lestari ke arah bandar rendah karbon dan penyepaduan pengangkutan awam untuk menyokong ketersambungan di antara jaringan pengangkutan.

Menerusi tinjauan awam melibatkan 1,008 rakyat Malaysia, pihak Beam mendapati lebih ramai anak muda Malaysia tidak lagi berminat untuk memiliki kereta disebabkan peningkatan kos pemilikan dan peningkatan kesesakan lalu lintas.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, rakyat Malaysia membelanjakan secara purata RM611 sebulan untuk pengangkutan sahaja dan kehilangan hampir dua hari penuh (44 jam) setiap bulan kerana terperangkap dalam kesesakan.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Kos masa dan wang ini amat membebankan pelajar, justeru semakin ramai daripada mereka mencari mod alternatif seperti pengangkutan awam untuk membantu mereka bergerak.

Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang dan penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi mengisi jurang ketersambungan di antara jaringan pengangkutan.

Kebanyakan masa rakyat Malaysia yang tinggal hanya lebih kurang 30 minit jarak berjalan kaki dari sambungan pengangkutan awam yang terdekat.

E-skuter Beam dapat mengisi jurang ketersambungan ini dengan mudah, menukarkan 30 minit berjalan kaki kepada 5 hingga10 minit tunggangan.

Malah, maklum balas daripada tinjauan awam Beam menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bersedia untuk menerima pakai e-skuter kongsi, dengan 76 peratus daripada 670 rakyat Malaysia yang menaiki kereta mengatakan mereka “pasti” atau “mungkin” bertukar kepada gabungan e-skuter dan pengangkutan awam sekiranya mempunyai akses kepada kemudahan ini.

Lebih menggalakkan, 26 peratus responden daripada kumpulan ini menambah bahawa mereka “pada masa ini memiliki kereta, tetapi lebih berkemungkinan untuk menjualnya”, jika e-skuter kongsi ini tersedia dengan lebih mudah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply