ARKIB

KATEGORI

Buletin

PHSAM lancar Audi RS 3 Sedan – Model pertama dengan ‘RS Torque Splitter’, harga dari RM646,990

Berita Tempatan

Views

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) secara rasminya melancarkan Audi RS 3 Sedan generasi kedua ke pasaran Malaysia. Harga atas jalan tanpa insurans bermula dari RM646,990 hingga RM655,990 (termasuk Audi Assurance Package).

Bagi Langkawi dah Labuan pula, ia dijual pada harga RM315,343.73 (tanpa Audi Assurance Package) dan RM324,343.73 (termasuk Audi Assurance Package).

Enam pilihan warna menarik ditawarkan, termasuklah Kyalami Green, Kemora Grey, Glacier White, Mythos Black, Python Yellow dan Daytona Gray.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kereta kompak terpantas di Nurburgring Nordschleife dengan catatan masa 7.40.748 minit pada 2021 ini dijana oleh enjin 2.5-liter lima-silinder turbo TFSI yang menghasilkan 400 PS dan 500 Nm daya kilas. Ia digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan S tronic.

Kombinasi rangkaian kuasa ini membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh 3.8 saat sahaja. Enjin ini turut memenangi anugerah “International Engine of the Year” selama sembilan tahun berturut-turut.

RS 3 Sedan ini juga merupakan model Audi yang pertama dilengkapi dengan ‘RS Torque Splitter‘ yang mengagihkan daya kilas secara bervariasi antara gandar belakang untuk memberikan dinamik sisi dan kestabilan yang lebih baik.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Sistem pacuan semua-roda quattro pula memastikan cengkaman dan pengendalian yang optimum dalam sebarang keadaan pemanduan, mengagihkan kuasa antara gandar hadapan dan belakang untuk memberikan cengkaman yang terbaik di jalan raya.

Dari segi penggayaan, RS 3 Sedan ini menggabungan kemewahan dan prestasi dengan rekaan badan yang melebar. Ia menampilkan bolong udara yang garang, diserlahkan lagi dengan logo empat cincin Audi, bingkai tunggal dan jeriji kemasan sarang lebah.

Lampu hadapan Matrix LED yang digelapkan menyerlahkan lagi ‘kejantanan’ model ini. Di bahagian dalam, ia menawarkan kemasan balutan tempat duduk kulit Nappa dengan pilihan warna hitam, merah atau hijau.

Ia turut menerima stereng RS yang cukup eksklusif dan kokpit digital yang memaparkan pelbagai informasi mengenai prestasi kereta, manakala Audi Drive Select menawarkan mod pemanduan RS-khusus yang berbeza, sesuai dengan kehendak pemilik dan keadaan jalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply