ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ujian percubaan CKD Borgward BX5 bermula – Bakal diperkenalkan pada suku keempat 2019

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Go Bremen Motors pengedar rasmi untuk jenama Borgward di pasaran Malaysia dan beberapa pasaran terpilih di negara rantau Asia Tenggara telah mengumumkan mereka kini sedang memulakan ujian percubaan pemasangan tempatan (CKD) model BX5.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Menerusi satu hantaran menerusi laman Facebook rasmi Borgward Malaysia, pelanggan di Malaysia boleh memiliki model CKD Borgward BX5 bermula pada suku keempat 2019. Ketika ini jurutera dari ibu pejabat Borgward dan Borgward Malaysia, sokongan teknikal dan pekerja pengeluaran telah memulakan ujian percubaan separa-automasi untuk menimba pengalaman untuk memasang SUV tersebut.

Menurut info dari laman sesawang Borgward Malaysia, versi pemanduan sebelah kanan BX5 ini akan didatangkan dengan tiga pilihan varian, Fashion, Luxury dan Special Edition. Ia dikuasakan oleh pilihan enjin 1.4 liter TGDI dan 2.0 liter TGDI.  Kedua-dua enjin ini digandingkan dengan kotak gear enam-kelajuan Tiptronic yang dibekalkan oleh Aisin.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Varian Fashion dikuasakan oleh 1.4 liter TGDI yang mampu menjana 110 kW dan 250 Nm daya kilas, dilengkapi dengan pacuan dua roda (2WD). Varian Luxury dan Special Edition pula dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TGDI yang mampu menjana 165 kW dan 300 Nm daya kilas, serta dilengkapi dengan pacuan empat roda (4WD).

Menurut Borgward Malaysia, mereka perlu memenuhi banyak keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan dan ini mungkin menjadi punca kelewatan mereka untuk memperkenalkan model BX5 ke pasaran. Kami akan membawakan info terkini mengenai Borgward BX5 dari semasa ke semasa, nantikan!

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Borgward Malaysia.

Borgward BX5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply