ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ekzos bising punya pasal, remaja kena belasah

Berita Tempatan

Views

Gara-gara bunyi ekzos motosikal yang bising, seorang remaja dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di kawasan Menara Maju Klang di Klang, Selasa lalu.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu berlaku semasa remaja berusia 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss ditahan oleh seorang lelaki di lokasi terbabit.

Jelasnya, mangsa ditampar dan dipukul. Beberapa rakan lelaki terbabit turut datang dan memukul remaja berkenaan menggunakan kayu serta topi keledar. Tambah beliau, mangsa menghubungi ayahnya untuk meminta bantuan, namun setelah sampai, ayah mangsa turut dipukul oleh kumpulan terbabit.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan remaja berkenaan cedera di badan dan kepala manakala ayahnya luka di tangan. Susulan itu, sepasukan polis yang diketuai Ketua Polis Balai Klang, Inspektor Ahmad Afiq Rusli menahan enam lelaki berusia 17 hingga 45 tahun yang terlibat dalam kes terbabit kira-kira jam 11 malam di sekitar Klang, keesokan harinya.

Soal siasat mendapati punca kejadian itu disebabkan remaja terbabit membunyikan ekzos motosikal dengan kuat. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply