ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton labur RM200 juta bina kilang tempa baharu di Tanjung Malim, dijangka siap suku ketiga 2022

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta nasional, Proton hari ini secara merasmikan upacara memecah tanah sebagai simbolik kepada permulaan kerja-kerja pembinaan kilang tempa badan kereta baharu di Tanjung Malim. Kilang ini dijangka bakal menampung barisan pengeluaran sedia menerusi penggunaan mesin tempa “Superlarge” yang mampu meningkatkan keupayaan pengeluaran model kereta Proton.

Perkembangan ini juga merupakan sebahagian daripada perancangan syarikat untuk menambah tahap penggunaan komponen tempatan bagi model sedia ada dan akan datang. Kos pembinaan kilang yang mencecah RM200 juta ini membolehkan Proton meningkatkan keupayaan fasiliti di Tanjung Malim ke tahap global.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Pelaburan ini adalah selaras dengan strategi perkembangan dan rancangan masa depan Proton kerana ia membolehkan pembuatan pelbagai model. Ia juga selaras dengan strategi teknologi Proton kerana kilang baharu itu akan menggunakan alatan dan sistem canggih.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton, Dr Li Chunrong, pembinaan kilang ini merupakan sebahagian daripada strategi mereka untuk terus berkembang dan pada masa yang sama, menambah jumlah model bila ia diperlukan.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Proton mencatatkan peningkatan prestasi sepanjang tiga tahun yang lalu dengan melancakan beberapa model baharu, menambah pegangan pasaran, meningkatkan tahap kualiti dan juga merombak rangkaian pengedarnya. Hasilnya, kini mereka muncul satu-satunya pengeluar kenderaan di Malaysia yang mencatatkan pertambahan jualan pada tahun 2020.

Tambah Dr Li lagi,  fasiliti ini akan membolehkan Proton melibatkan lebih ramai vendor tempatan dalam proses pengeluarannya sekali gus mengembangkan lagi ekosistem automotif tempatan. Pembinaan kilang baharu ini dijangka siap pada suku ketiga 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply