ARKIB

KATEGORI

Buletin

McDonald’s Happy Meal tawar mainan Nissan GT-R NISMO Special Edition 2022

Berita Global

Views

Jika sebelum ini McDonald’s Happy Meal telah mengeluarkan koleksi istimewa Toyota GR Supra yang dihasilkan oleh pengeluar mainan terkemuka, Tomica, kali ini mereka sekali lagi mereka bekerjasama dengan satu lagi jenama dari Jepun, iaitu Nissan.

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 McDonald’s Jepun, dua jenama besar ini berkolaborasi untuk menghasilkan mainan untuk koleksi terbaharu Happy Meal yang menampilkan Nissan GT-R NISMO Special Edition 2022. Walaubagaimanapun, hanya mereka yang berada di negara ‘matahari terbit’ itu sahaja yang boleh mendapatkannya.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Dua versi model mainan GT-R NISMO Special Edition 2022 akan ditawarkan, versi biasa berwarna Stealth Gray dan satu lagi versi istimewa berwarna emas yang hanya boleh diperolehi oleh ‘mereka yang bertuah’ sahaja, kerana ia akan diletakkan secara rambang di dalam kotak Happy Meal itu nanti.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi model mainan lain yang turut ditawarkan, antaranya Toyota 86, Mitsubishi Delica D:5, Suzuki Jimny, kereta peronda polis Toyota Crown dan trak bomba Morita. Promosi ini telah pun bermula sejak 16 April lalu di Jepun.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Selain itu, McDonald’s turut menawarkan hadiah tambahan termasuklah sesi pandu uji GT-R NISMO yang berkuasa 600 kuasa kuda di bilik pameran Nissan GranDrive yang terletak di luar Tokyo.

Pemenang utama bakal mengalami sendiri “pengalaman menaiki GT-R” yang akan dipandu oleh pemandu pembangunan rasmi Nissan. Pemenang tempat kedua pula bakal menerima kad hadiah McDonald’s yang dihiasi dengan warna emas GT-R bernilai kira-kira $10 (RM41).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply