ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elon Musk jadi manusia pertama dalam sejarah rugi RM880 bilion

Berita Global

Views

Bilionair Elon Musk, yang sebelum ini manusia terkaya di dunia, memecah rekod baharu apabila pengasas Tesla dan pemilik Twitter itu menjadi manusia pertama dalam sejarah kerugian AS$200 bilion (RM880 bilion) daripada nilai kekayaan, demikian menurut Indeks Bilionair Bloomberg.

Kerugian besar hartawan itu terjadi selepas Musk, 51, pada 2021 menjadi manusia kedua yang mengumpul kekayaan melebihi AS$200 bilion, selepas pengasas Amazon, Jeff Bezos.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Musk, yang nilai bersihnya mencapai kemuncak pada November 2021 sebanyak AS$340 bilion (RM1.5 trilion), menyaksikan kekayaannya menjunam kepada AS$137 bilion (RM603 bilion) apabila saham Tesla merosot 65 peratus sejak setahun lalu.

Ia prestasi terburuk pengeluar kereta elektrik itu setakat ini. Penurunan itu termasuk kemerosotan 11 peratus lagi pada Selasa lalu selepas Wall Street Journal melaporkan bahawa lonjakan kes COVID-19 memaksa Tesla menghentikan sementara pengeluaran di Shanghai.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Dalam satu memo yang dihantar kepada kakitangan Rabu lalu, bilionair itu mengucapkan terima kasih di atas ‘usaha luar biasa’ mereka sepanjang tahun, namun tidak terlalu menyentuh mengenai prestasi buruk saham syarikat itu.

“Jangan terlalu terganggu dengan kegilaan pasaran saham,” kata Musk dalam satu memo yang dilihat oleh CNBC. “Apabila kita mempamerkan prestasi cemerlang berterusan, pasaran akan mengiktirafnya.”

Musk kehilangan takhta sebagai manusia terkaya di dunia awal bulan lalu, apabila gelaran itu diserahkan kepada Bernard Arnault, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply