ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ken Block meninggal dunia dalam kemalangan kereta luncur salji

Berita Global

Views

Pemandu rali profesional dan pengasas-bersama Hoonigan, Ken Block terbunuh dalam kemalangan kereta luncur salji (snowmobile), semalam (Isnin). Beliau yang merupakan ikon dalam komuniti kereta berusia 55 tahun.

Kejadian tersebut telah disahkan oleh Wasatch County Sheriff’s Office di Utah menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Menurut pihak polis, Block dikatakan sedang menunggang di cerun curam di kawasan Mill Hollow di luar Woodland, Utah pada kira-kira jam 2:00 petang apabila kereta salji ditungganginya “terbalik dan menghempapnya“.

Ken pada mulanya menunggang secara berkumpulan, namun ketika kejadian beliau hanya bersendirian dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Menerusi satu hantaran di Instagram, thehoonigans dalam ucapan takziahnya memaklumkan Ken Block telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta salji. “Ken ialah seorang yang berwawasan, perintis dan ikon. Dan yang paling penting, seorang ayah dan suami.”

Beliau yang pada asalnya merupakan pengasas-bersama jenama kasut DC mula menceburi dunia rali dan pantas menempa nama, kemudian membangunkan jenama Hoonigan dan mencipta siri video yang paling diminati iaitu Gymkhana.

Selain beraksi dalam pemanduan lagak ngeri, beliau turut aktif dalam pelbagai sukan musim sejuk, termasuklah papan salji, memandu UTV dan kereta salji. Mendiang meninggalkan seorang balu iaitu Lucy serta tiga orang anak. – Road & Track

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit thehoonigans dan Wasatch County Sheriff’s Office

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply