ARKIB

KATEGORI

Buletin

EMOS perkenal empat model CKD Kawasaki tahun ini, Modenas bangunkan semula projek ‘supermoped’ !

Berita Tempatan

Views

Edaran Modenas (EMOS) mengumumkan yang pihaknya bakal melancarkan empat model baharu pada tahun ini dan tiga daripadanya dengan sesaran enjin 250cc.

Ia disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan di fasiliti pengeluaran di Gurun, Kedah, semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Menurut rakan media di MotoMalaya.net, model-model yang bakal diperkenalkan nanti adalah Ninja 250 ABS, Ninja 250 (tanpa ABS), Z250 ABS dan Vulcan S 650.

Ninja 250 ABS, Ninja 250 (tanpa ABS) dan Z250 ABS juga akan dijenamakan semula sebagai Modenas dan bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Ketiga-tiga varian ini dikuasakan oleh enjin dua silinder 250cc yang mematuhi piawaian Euro4. Dalam perkembangan berasingan, Roslan turut memaklumkan yang Modenas masih lagi meneruskan projek ‘supermoped‘.

Namun ia bukanlah projek supermoped yang lama kerana model tersebut tidak menepati piawaian Euro 4 di Malaysia. Apa yang menarik, versi baharu supermoped itu nanti akan dibangunkan semula dan turut mendapat ‘sentuhan’ daripada Kawasaki.

Rakan media di Pandulaju.com.my melaporkan, supermoped itu akan menggunakan enjin baharu sepenuhnya dan kapasiti enjin tersebut boleh ditingkatkan dari 150cc sehingga ke 180cc. Ia dijangka akan tiba ke pasaran dalam tempoh tiga tahun lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply