ARKIB

KATEGORI

Buletin

Empat cedera, Honda Odyssey berlanggar dengan AV8 Gempita

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta perisai AV8 Gempita milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di Kota Tinggi pada Rabu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Komander Operasi, Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata, sejurus menerima panggilan pada jam 8.28 malam, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai dan Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta perisai AV8 Gempita milik ATM yang dalam perjalanan balik ke kem Teluk Sepang dipercayai telah berlanggar dengan sebuah kereta Honda Odyssey.

 

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Terdapat empat mangsa di dalam kenderaan Honda Odyssey mengalami kecederaan. Mangsa terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lima dan empat tahun serta seorang wanita berusia 54 tahun.

Beliau berkata, anggota bertindak memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Bayu Damai dan hospital. Jelasnya, dua anggota ATM di dalam kereta perisai tersebut dalam keadaan selamat. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suara Johor

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply