ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu notis kod etika pemakaian: Perodua mohon maaf dan jalankan siasatan rasmi

Berita Tempatan

Views

Perodua menerusi hantaran di akaun Facebooknya petang tadi telah mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung dengan notis kod etika pemakaian pelanggan di pusat servisnya di Semambu, Kuantan yang tular di media sosial.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Operasi, Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Jaafar memaklumkan, pihaknya telah mengambil langkah segera dengan menarik semula notis berkenaan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tambah beliau, kod etika pemakaian yang dikeluarkan itu tidak selaras dengan garis panduan rasmi Perodua dan pihaknya kini sedang melakukan siasatan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Ini diikuti dengan langkah pembetulan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berlaku lagi. Perodua juga ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggan di pusat servis berkenaan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kontroversi berkenaan turut menarik perhatian Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong. Beliau berkata, sekatan melampau menyebabkan Malaysia dilihat sebagai negara yang ketinggalan zaman dan ‘feudal’.

Jelas beliau, syarikat swasta wajar memberi tumpuan terhadap kualiti perkhidmatan kepada pelanggan berbanding mengehadkan kebebasan berpakaian di premis mereka.

Tambahnya, larangan yang berlebihan ini adalah tidak wajar, asalkan pakaian tersebut sesuai dan sopan, sama ada di premis kerajaan mahupun swasta.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto asal kredit Reza Putra Carlos

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply