ARKIB

KATEGORI

Buletin

Empat model baharu bakal diperkenalkan Honda Malaysia pada 2023, WR-V tiba pada suku ketiga

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia bakal ‘menghangatkan’ tahun 2023 dengan melancarkan tiga model serba baharu dan satu model yang dipertingkatkan.

Dengan hala tuju bisnes yang strategik untuk 2023, Honda Malaysia menetapkan sasaran jualan sebanyak 80,000 unit dengan 12.3 peratus pegangan pasaran.

Salah satu daripada tiga model serba baharu itu nanti adalah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kecil pertama daripada Honda, iaitu WR-V yang bakal membuat kemunculan pada suku ketiga 2023.

Ini bermakna Honda Malaysia akan menjadi pengeluar kenderaan penumpang massa pertama dari Jepun yang memasuki segmen SUV kecil.

Model itu nanti bakal menampilkan rekaan berani dan menyerlah, teknologi canggih, praktikaliti dan keselesaan. Ia disasarkan untuk golongan profesional muda serta mereka yang berkeluarga yang menggemari aktiviti lasak dan pengembaraan.

Menurut Presiden dan Ketua Pengawai Operasi Honda Malaysia, En. Sarly Adle Sarkum, 2023 merupakan tahun pencapaian terpenting buat mereka kerana jenama tersebut bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-75.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Beliau berkata, Honda Malaysia berusaha untuk meningkatkan momentum pada tahun ini menerusi pelancaran model-model baharu dan aktiviti pemasaran yang lebih giat.

Untuk terus memperkasakan identiti teras dan keberadaan jenama dalam industri, pihaknya memfokuskan tiga kunci utama dalam model-model kami iaitu “Teknologi Canggih, Tawaran Premium dan Penampilan Bergaya“.

Dalam masa yang sama, Honda Malaysia juga akan memperkasakan teknologi hibrid dalam pasaran Malaysia. Honda merupakan perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid di negara ini selama 19 tahun.

Sejak itu, teknologi tersebut telah berkembang dengan pesat, bermula dengan Integrated Motor Assist (IMA) sehingga Sport Hybrid i-DCD, dan kini teknologi e:HEV.

Tambah beliau, elektrifikasi ialah trend global dan masa depan mobiliti untuk industri automotif. Oleh itu, Honda juga akan meningkatkan pembangunan kenderaan elektrik (EV) secara progresif.

Honda juga percaya teknologi hibrid ialah pendekatan yang terbaik buat masa ini, terutamanya di Malaysia. Pihaknya mahu memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi dengan teknologi praktikal dan relevan, sebelum beralih kepada EV sepenuhnya.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Hentian 2S (Servis dan Alat Ganti) bakal diperkenalkan bagi mempromosikan aktiviti selepas jualan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Syarikat itu juga sedang menambah baik sistem Honda CONNECT yang menampilkan ciri Keselamatan, Sekuriti dan Keselesaan.

Sistem ini akan turut diperkenalkan pada model-model lain sebagai tambahan kepada City RS, City Hatchback RS, Civic RS, Civic e:HEV RS and HR-V e:HEV RS.

Platform HondaTouch juga akan dinaik taraf dan ini merupakan sebahagian usaha Honda untuk memperkasakan pengalaman digital pelanggan dan menggalakkan lebih banyak amalan mampan.

Berbekalkan semangat “Challenging Spirit“, Honda Malaysia telah berjaya menjual sebanyak 80,290 unit tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 51 peratus daripada jumlah jualan pada 2021.

Ini sekali gus mewakili 11.1 peratus daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) pada 2022. Syarikat itu juga masih kekal di kedudukan nombor satu dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional untuk tahun kesembilan berturut-turut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto intip Honda WR-V dan CR-V baharu (kredit The Ajerul dan Careta.my)

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply