ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios 2023 (AC100): Apa yang ‘best’ dan ‘tak best’?

Info

Views

Malam ini bakal berlangsung pelancaran salah satu model yang paling dinanti-nantikan untuk tahun ini, iaitu Toyota Vios serba baharu. Tempahannya telah pun mula dibuka sejak 24 Februari lalu.

Sementara menunggu detik pelancaran yang akan mula bersiaran secara langsung pada jam 8.00 malam nanti, apa kata kita mengenali Vios 2023 (namakod AC100) dengan lebih dekat lagi, secara ringkas.

Pada awalnya, namakod untuk projek Vios serba baharu ini adalah DG7, sebelum bertukar kepada D92A dan sekali lagi ditukar kepada AC100.

Model ini mula dibangunkan sejak 2021 dan unit ujiannya mula dikesan di jalan raya Thailand pada bulan Mei 2022. Ia dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut dikongsi oleh beberapa model keluaran Daihatsu.

Varian dan anggaran harga

Untuk pasaran Malaysia, hanya dua pilihan varian ditawarkan. Berikut adalah senarai varian dan harga anggarannya (harga atas jalan tanpa insurans):

  • Toyota Vios 1.5E – RM 90,000
  • Toyota Vios 1.5G – RM 96,000

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pilihan warna

Lima pilihan warna akan ditawarkan, antaranya Platinum White PearlSilver MetallicAttitude BlackNebula Blue Metallic dan satu warna baharu iaitu Spicy Scarlet. Untuk warna Platinum White Pearl perlu ditambah RM400.

Ukuran dimensi

Vios 2023 berukuran 4,425 mm panjang, 1,740 mm lebar, 1,480 mm tinggi, dengan jarak antara roda pada 2,620 mm.

Ini bermakna Vios 2023 adalah 5 mm lebih panjang, 10 mm lebih lebar, 5 mm lebih tinggi, manakala jarak antara rodanya pula bertambah sebanyak 70 mm berbanding generasi sebelumnya.

Rangkaian kuasa

Kesemua varian akan dijana oleh enjin 1.5 liter 2NR-VE Dual-VVTi yang dipadankan dengan transmisi CVT. Kombinasi enjin dan transmisi ini menghasilkan output sebanyak 104 kuasa kuda dan 138 Nm daya kilas.

Output ini adalah sedikit rendah berbanding generasi terdahulu. Namun dengan kehadiran kotak gear baharu, ia kini lebih responsif serta menjimatkan penggunaan bahan api, sekitar 5.2 liter untuk setiap 100 km.

Penampilan luaran dan dalaman

Generasi keempat Vios ini boleh dikatakan satu anjakan paradigma dari aspek penggayaan (styling). Tiada lagi rupa ikan “Keli” mahu pun “Dugong”, bahkan model kali ini jauh lebih seksi berbanding pesaing terdekatnya dengan gaya sebuah fastback.

Gaya reka bentuk fastbacknya pula diinspirasikan dari model Daihatsu DN F-Sedan Concept yang membuat kemunculan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 2017.

Pereka di Toyota berjaya mengolah kembali reka bentuk model tersebut menjadi lebih garang untuk versi produksi. Di ruangan kabin, susun atur papan pemuka Vios 2023 tampil lebih moden, minimalis dan premium.

Vios 2023 dilengkapi dengan paparan meter digital 7-inci, kawalan pendingin hawa digital, corong pendingin hawa di belakang dan unit inforia gaya terapung 9-inci yang menyokong ketersambungan nirwayar Apple CarPlay dand Android Auto.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Aspek keselamatan

Dari segi keselamatan, semua varian Vios 2023 dilengkapi dengan ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), sistem brek anti-kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), bantuan mula mendaki dan banyak lagi.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Pencegahan Keluar Lorong
  • Amaran Keluar Lorong
  • Amaran Kenderaan Di hadapan
  • Sistem Pra-perlanggaran
  • Kawalan Kekal Lorong
  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Pancaran Lampu Tinggi Auto

Bukan itu sahaja, ciri keselamatan standard lain yang canggih untuk kedua-dua varian termasuklah kawalan injak pincang-tugas (PMC), monitor pandangan panoramik 360-darjah dan pemantau titik-buta(BSM) dengan amaran lintasan di belakang (RCTA).

Apa yang ‘tak best’?

Sebenarnya, bukanlah segalanya yang indah buat Vios 2023 kerana model generasi keempat ini ada juga yang ‘tak best’nya. Salah satu daripadanya adalah tempat duduk belakang yang tidak boleh dilipat 60:40, seperti model sebelumnya.

Ini kerana terdapat pendakap cesi dipasang pada belakang penyandar tempat duduk belakang. Tujuannya adalah untuk menjadikan casis lebih tegar, sekali gus menjadikan aspek pemanduan dan pengendalian lebih baik.

Ia berita gembira untuk kaki ‘layan konar’, namun tidak buat mereka yang memerlukan lebih ruang kargo. Kapasiti but Vios 2023 hanyalah 475 liter, malah ia jauh lebih kecil berbanding generasi ketiganya, 502 liter. (But Perodua Bezza pun lagi besar tau!)

Satu lagi kekurangan Vios 2023 adalah ketiadaan tayar ganti. Cuba bayangkan kalau tetiba tayar kereta anda pancit di kawasan terpencil tengah malam buta, confirm seram sejuk je kan?

Secara jujurnya, jika ‘tutup mata’ sahaja dengan kekurangan kecil yang ada Vios 2023, apa yang diberikan pada model baharu ini memang sangat-sangat berbaloi. Apa pun, kita nantikan pelancaran rasmi Vios 2023 malam ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply