ARKIB

KATEGORI

Info

Empat sebab mengapa daya kilas (tork) lebih penting berbanding kuasa kuda

Info

Views

Kadang-kala kita keliru, nak pilih kereta yang ada daya kilas (tork) ke kuasa kuda lebih tinggi, betul tak? Yang sebaik-baiknya, dua-dua lebih tinggi lagi bagus, bak kata orang Pahang “popaleh weh!”. Banyak perdebatan akan berlaku kalau dibincangkan perkara ini secara mendalam kerana masing-masing ada pendapat yang tersendiri.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Dalam artikel ringkas ini, kami cuma ingin memberikan empat sebab mudah mengapa daya kilas (tork) lebih penting berbanding kuasa kuda dan ini adalah antara sebab-sebabnya:

    • Kuasa kuda adalah untuk kelajuan, manakala daya kilas adalah untuk pecutan. Jarang sekali kita akan menggunakan kelajuan maksima (kecuali bagi ‘kaki tekan’) tetapi lazimnya kita akan gunakan daya kilas lebih kerap untuk memotong kenderaan, mendaki bukit dan ia memberi lebih tenaga semasa kenderaan dalam keadaan sarat atau berat.
    • Kuasa kuda biasanya dicapai pada takat (RPM) tinggi dan pada RPM tinggi, lebih banyak bahan api akan dibakar. Daya kilas maksimum pula boleh dicapai pada takat RPM yang lebih rendah, jadi enjin tidak perlu membakar banyak bahan api, sekaligus lebih menjimatkan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

  • Daya kilas tinggi bermakna kita boleh menukar nisbah gear dengan lebih cepat. Ini juga mampu menjimatkan bahan api dan ‘menyelamatkan poket’ anda.
  • Akhir sekali, kita lebih jarang menggunakan gear tinggi jika enjin kenderaan kita mempunyai daya kilas tinggi. Penggunaan gear tinggi lebih akan menyebabkan enjin lebih ‘terseksa’ dan ‘meraung’ lebih kuat. Jadi enjin dengan daya kilas tinggi dapat membantu perjalanan anda menjadi lebih senyap dan selesa.

Apa pun, segalanya terpulanglah kepada anda. Pesan kami, pilihlah kenderaan yang kena dengan ‘jiwa’, bajet dan memenuhi keperluan anda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply