ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penyelidik di PKB hasilkan sistem pengesan kebocoran gas karbon monoksida dalam kenderaan

Berita Tempatan

Views

Sekumpulan penyelidik di Politeknik Kota Bharu (PKB) telah berjaya menghasilkan inovasi yang dapat mengesan kebocoran gas karbon monoksida di dalam kenderaan. Menurut Berita Harian, sistem dipanggil ‘Vehicle Carbon Monoxide Detector‘ (VCOD) itu akan menghasilkan isyarat penggera dan mengaktifkan tingkap kenderaan untuk terbuka hingga empat inci apabila gas itu dikesan melebihi tahap ditetapkan.

Ketua Penyelidik, Mohd Zulkafli Mohamed, berkata jika kepekatan karbon monoksida dikesan melebihi tahap ditetapkan, kuasa motor akan diaktifkan secara automatik supaya tingkap turun untuk membenarkan gas itu keluar dari kabin kenderaan

Jelas beliau, output sekali lagi akan mencetus dan melancarkan tingkap kenderaan secara automatik dengan mengaktifkan kuasa motor untuk dinaikkan semula selepas gas itu tidak lagi berada pada paras bahaya bagi mengelakkan keracunan karbon monoksida di dalam kenderaan.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Tambahnya, rasional sistem ini dibangunkan ialah ramai pemandu suka tidur atau terpaksa melelapkan mata di dalam kenderaan disebabkan faktor masa dan keadaan tidak mengizinkan. Malah, Mohd Zulkafli memaklumkan, hasil penyelidikan itu meraih pingat emas pada Pertandingan Inovasi Proton-Politeknik 2019 (PiPPo 2019) yang diadakan pada Ogos lalu.

Katanya, inovasi itu dihasilkan dengan kerjasama Proton Holdings Berhad bertujuan membangunkan teknologi inovasi dalam bidang ‘Safety and Security‘ untuk kegunaan bidang automotif pada masa depan. Beliau berkata, melalui usaha sama itu, pihak Proton menyumbangkan sebuah model Suprima untuk digunakan dalam kerja penyelidikan membangunkan teknologi inovasi terbabit.

Tambah beliau, selain pengesanan kebocoran gas karbon monoksida, mereka telah menghasilkan empat lagi inovasi, termasuk sistem menghidupkan enjin kenderaan hanya dengan cap jari yang dinamakan ‘Thumbprint System (TPS)’. Jelasnya, inovasi ini menggunakan imbasan cap jari bagi mengaktifkan sistem elektronik pada kenderaan. Sebaik saja diluluskan sistem, pemandu dapat menghidupkan enjin kenderaan.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Hanya pemilik dan pengguna didaftarkan saja boleh menghidupkan enjin kenderaan itu. Seterusnya, Sistem Pengesan Kereta (CTS) dicipta bagi menjejaki kenderaan jika dicuri yang mana pemilik dapat memberhentikan kenderaan itu dengan menggunakan telefon pintar.

Sistem Pengesanan Alkohol (ADS) pula dicipta bagi mengelakkan kemalangan akibat pemanduan bawah pengaruh alkohol, di mana fungsinya diaktifkan untuk memintas enjin kenderaan daripada dihidupkan selagi alkohol masih dikesan pada nafas pemandu.

Kata beliau lagi, satu lagi inovasi ialah sistem yang dapat mengesan kebocoran gas NGV yang dinamakan Pengesan Kebocoran NGV (NGVD). Ia dapat mengelakkan kenderaan daripada terbakar akibat kebocoran gas itu kerana pemandu akan diberi makluman menerusi bunyi ‘buzzer‘ dan paparan di skrin LCD.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply