ARKIB

KATEGORI

Info

Enjin 1.5L TGDi Proton X50 bukan kaleng-kaleng! Ini fakta ringkas yang anda wajib tahu mengenainya

Info

Views

Dah terlalu banyak cerita mengenai Proton X50 di portal-portal permotoran kan? Kali ini kami nak bercerita secara ringkas mengenai enjin tiga-silinder 1.5L TGDi (1.5TD) dan transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjadi sumber kuasa model SUV itu. Tahukah anda, gandingan duo ini telah memenangi hadiah pertama di Anugerah Industri Automotif China dalam kategori Sains dan Teknologi pada 28 Oktober yang lalu?

Ya, memang betul. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi serta paling berprestij dan anugerah teknologi yang paling berpengaruh dalam industri automotif China, lebih kurang macam “Hadiah Nobel” bagi industri di negara tersebut.

Enjin ini dibangunkan secara usahasama antara Geely dan Volvo di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Volvo di Gothenburg, Sweden, China Euro Vehicle Technology (CEVT) di Gothenburg, Sweden dan Institut Penyelidikan Automotif Geely di Hangzhou, China.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Sehingga 2019, Geely telah melaburkan sebanyak 20.73 bilion yuan (RM 13 bilion) bagi penyelidikan dan pembangunan projek tersebut dalam tempoh 10 tahun. Enjin tiga silinder itu menggabungkan prestasi hebat, struktur ringan, keandalan tinggi dan (penjimatan bahan bakar yang baik / kecekapan bahan bakar tinggi) melalui inovasi teknologi.

Setakat ini, ia telah digunakan pada lebih dari 600,000 buah kenderaan seantero dunia! Selain itu, transmisi 7DCT telah dibangunkan oleh Geely mengikut piawaian Volvo, memberikan kecekapan maksimum 97.2 peratus dan masa tindak balas penukaran gear hanya 0.2 saat! Ini sekaligus menjadikannya gandingan  yang terbaik untuk enjin 1.5TD.

Dianggarkan lebih satu juta kenderaan telah dipasang dengan transmisi ini menjelang akhir tahun 2020. Sasaran pembangunan seterusnya adalah untuk mencapai tahap prestasi hingar (noise), getaran (vibration) dan kekasaran (harshness) (NVH) setanding dengan enjin empat-silinder.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Bagi mengatasi keprihatinan pelanggan terhadap getaran yang dirasakan dari enjin ‘tiga dapur’, Geely melakukan latihan pengoptimuman 120 NVH yang merangkumi reka bentuk khusus pada 12 komponen utama seperti aci pengimbang peredam getaran dan flywheel dwijisim dengan peredam penyerap pendulum sentrifugal.

Buat masa ini, kombinasi penjana 1.5TD+7DCT telah dieksport ke 11 buah negara, antaranya di UK, Sweden dan Malaysia dengan perancangan untuk mengeksportnya ke 27 buah negara menjelang 2021. Ini adalah bukti teknologi canggihnya diiktiraf di peringkat global.

Untuk pasaran Malaysia, gandingan penjana 1.5TD+7DCT kini diguna pakai pada model Proton X50 1.5 TGDi varian Flagship, yang menjanjikan prestasi pemanduan yang hebat dan responsif, ditambah pula dengan kecekapan bahan bakar dan keandalan yang telah pun terbukti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply