ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Hafizh Syahrin kekal dalam Moto2 – Sah sertai pasukan NTS RW Racing GP musim depan!

Sukan Permotoran

Views

Teka-teki pasukan mana yang akan disertai oleh pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah terjawab dan beliau sah akan mewakili NTS RW Racing GP dalam Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia 2021. Bernama melaporkan, pelumba berusia 26 tahun itu yang kembali dalam kelas Moto2 bersama pasukan Angel Nieto tahun ini selepas dua musim beraksi dalam kelas MotoGP.

Hafizh akan bakal bergandingan dengan rakan sepasukan baharu, pelumba berumur 16 tahun dari Belgium, Barry Baltus. Katanya, beliau gembira kekal dalam Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP. Beliau tahu usaha yang diperlukan untuk membangunkan sebuah jentera baharu tetapi percaya dengan projek ini.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Tambahnya, NTS dan pasukan ini telah banyak membuat penambahbaikan jentera ini dalam masa yang agak singkat, satu demi satu. Beliau berharap dengan pengalaman dan maklum balasnya, mereka akan membuat perubahan besar.

Beliau juga yakin mereka boleh menghasilkan sesuatu yang lebih baik secara bersama. Pada musim ini Hafizh tidak beraksi pada tahap terbaiknya dan kerana itulah beliau sungguh gembira dan amat berterima kasih dengan keyakinan NTS RW Racing GP terhadap dirinya.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Sementara itu, Pengurus Pasukan NTS RW Racing GP Jarno Janssen berkata pasukan itu gembira dan bangga kerana berjaya mendapatkan khidmat Hafizh Syahrin yang bukan sahaja berpengalaman tetapi juga seorang pelumba berbakat.

Kata beliau, pasukannya semakin baik dan kukuh setiap minggu tetapi mereka masih lagi dalam proses membangunkan jentera itu. Input dan maklum balas daripada seorang pelumba seperti Hafizh adalah amat penting dalam proses ini. NTS RW Racing GP akan memulakan musim baharu dengan ujian persendirian pada 26 dan 27 November di Jerez.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit RW Racing GP

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply