ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Proton X50 cecah 27,400 unit setakat akhir bulan lepas

Berita Tempatan

Views

Proton terus meningkatkan momentum jualannya dengan mencatat jumlah jualan sebanyak 11,392 unit (pasaran tempatan dan eksport) untuk bulan kelima berturut-turut. Ia menjadikan jumlah jualan keseluruhan bulan Oktober meningkat sebanyak 20 peratus berbanding dengan bulan yang sama pada 2019.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Namun begitu, ia menurun sebanyak 4.6 peratus berbanding dengan bulan September 2020. Setakat ini, sebanyak 84,999 unit telah dijual secara keseluruhan bagi tahun 2020, meningkat sebanyak 6.2 peratus berbanding tahun lepas dengan pegangan pasaran dianggarkan sekitar 21.3 peratus.

Tiga model Proton masih lagi mendahului segmen mereka, iaitu Persona yang mendahului pasaran sedan segmen-B dengan jualan sebanyak 2,360 unit manakala X70 pula mencatat jualan 2,216 unit untuk kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia. Selain itu, Exora juga kekal menerajui pasaran MPV segmen-C.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya menganggarkan Jumlah Pengeluaran Keseluruhan Industri (TIV) bulan ini akan melebihi 57,000 unit, jumlah kedua tertinggi bagi tahun 2020. Tambah beliau, kajian terperinci menunjukkan jualan telah menurun secara mendadak di Malaysia Timur manakala di Wilayah Tengah pula tiada penambahan berbanding dengan bulan September. Ini mungkin disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Model yang baharu sahaja dilancarkan pada 27 Oktober lalu, X50 menerima sambutan yang amat memberangsangkan dan setakat akhir bulan lepas, jumlah tempahan yang diterima adalah sebanyak 27,400 unit. Pada masa yang sama juga, Proton telah menyerahkan sebanyak 447 unit kepada pemilik terawal. Tambah Roslan lagi, pihaknya kini sedang berusaha untuk menyempurnakan penghantaran kenderaan dalam masa tiga bulan terakhir 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply