ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM lancar “Ibu trak” Nissan Navara – Enam varian, harga bermula dari RM91,900

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) siang tadi melancarkan dan mengumumkan harga rasmi “Ibu trak” Nissan Navara facelift 2021 yang ditawarkan dalam enam varian berbeza. Berikut adalah varian dan juga harga Navara facelift 2021:

VarianSemenanjung Malaysia (RM)Sabah & Sarawak (RM)
2.5L PRO-4X Auto142,200144,200
2.5L VL Auto137,900139,900
2.5L V Auto125,500127,500
2.5L SE Auto116,900118,900
2.5L SE Manual110,900112,900
2.5L Single Cab Manual91,90093,900

Dua pilihan penjana ditawarkan. Varian SE Manual dan Single Cab Manual dijana oleh enjin turbo-diesel YD25 4-silinder sebaris DOHC dengan output sederhana yang menghasilkan 163ps pada 3,600rpm dan 403Nm daya kilas pada 2,000rpm yang digandingkan bersama transmisi manual 6-kelajuan.

Varian SE Auto, V Auto, VL Auto dan PRO-4X Auto pula dikuasakan oleh enjin turbo-diesel YD25 4-silinder sebaris DOHC dengan output tinggi yang menjana 190ps pada 3,600rpm dan 450Nm daya kilas pada 2,000rpm yangdipadankan bersama transmisi automatik 7-kelajuan dan mod manual.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Varian-varian Nissan Navara baharu (kecuali Single Cab) dilengkapi suspensi belakang jenis Multilink dengan Dual-Rate Coil Springs, sistem Electronic Locking Rear Differential, Tailgate Assist, pemijak bampar belakang bersepadu dan kaca laminasi akustik.

Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Kawalan Dinamik Kenderaan, Sistem Kawalan Cengkaman, Active Brake Limited Slip Differential, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Gelongsor, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik dan Bantuan Brek. Ciri keselamatan teknologi Nissan Intelligent Mobility pula ditawarkan pada varian PRO-4X Auto, VL Auto dan V Auto.

Berikut perincian ringkas Nissan Navara mengikut varian:

Nissan Navara Single Cab:

  • Jeriji hadapan ‘Interlock’ yang besar
  • Lampu hadapan halogen (dengan ciri Auto On/Off) dan lampu belakang halogen
  • Bampar hadapan mengikut warna badan
  • Bampar belakang dan pemegang pintu tanpa cat
  • Bampar belakang baharu dengan pemijak bersepadu
  • Pemijak (Bed Step) sebelah kiri dan kanan
  • Cermin sisi kuasa boleh laras dan dilipat secara manual
  • Suspensi Belakang jenis pegas dedaun
  • Rim besi bersaiz 16-inci dengan tayar (205R16C)
  • Dimensi keseluruhan – Panjang x Lebar x Tinggi (mm): 5,335 x 1,790 x 1,775
  • Dimensi kargo belakang – Panjang x Lebar x Tinggi (mm): 2,311 x 1,560 x 472
  • Kapasiti muatan: 1.1 tan
  • Hanya ditawarkan dengan warna Putih (Solid White)
  • Kemasukan tanpa kunci dengan kunci Jack Knife dan penghidup kunci silinder
  • Paparan Meter Monokrom Standard
  • Stereng dengan suis kawalan audio dan Bluetooth
  • Sistem Audio 2-Din dengan Bluetooth, 2 unit pembesar suara, 1 slot outlet kuasa 12V dan 1 slot USB
  • Tempat duduk kemasan vinyl
  • Sistem pendingin hawa manual
  • Sistem pengelap cermin dengan penderia kelajuan
  • Sistem kunci pintu dengan penderia kelajuan
  • 2 beg udara SRS
  • Penderia undur dan pelumpuh (Immobilizer)

Nissan Navara SE Auto dan Manual baharu:

  • Jeriji hadapan ‘Interlock’ baharu kemasan krom yang tertera perkataan ‘NAVARA’ di atasnya
  • Lampu hadapan h alogen (dengan Auto On/Off) dan lampu belakang halogen
  • Bampar hadapan berwarna hitam dan perak
  • Cermin sisi kuasa boleh laras dan dilipat bersama indikator signal jenis LED
  • Pemegang kemasan krom
  • Rim aloi 17-inci dengan tayar (255/65R17)
  • Pemijak sisi berwarna hitam
  • Dimensi keseluruhan – Panjang x Lebar x Tinggi (mm): 5,260 x 1,850 x 1,825
  • Dimensi ruang kargo belakang – Panjang x Lebar x Tinggi (mm): 1,469 x 1,560 x 519
  • Kapasiti Muatan: 1.1 tan
  • Pilihan warna yang ditawarkan: Hitam (Black Star), Perak (Brilliant Silver) dan Putih (Solid White)
  • Kemasukan tanpa kunci dengan kunci Jack Knife dan penghidup kunci silinder
  • Stereng dengan suis kawalan Audio dan Bluetooth
  • Paparan meter monokrom standard
  • Sistem audio 2-Din dengan Bluetooth, 4 unit pembesar suara, 2 slot outlet kuasa 12V dan 4 slot USB
  • Pendingin hawa manual dengan corong udara di belakang
  • Tempat duduk sport separa bucket diinspirasikan daripada Graviti Sifar dengan kemasan fabrik berwarna hitam dengan pelarasan manual 6-arah
  • Tempat duduk belakang dibalut fabrik hitam dengan sokongan peha dan penyandar yang selesa
  • Perehat tangan belakang dengan tempat meletak minuman binaan dalam dan 3 unit perehat kepala
  • Sistem pengelap cermin dengan penderia kelajuan
  • Sistem kunci pintu dengan penderia kelajuan
  • Penderia undur dan pelumpuh (Immobilizer)
  • 2 beg udara SRS
  • ISOFIX dengan Top Tether

Nissan Navara V Auto:

  • Lampu utama jenis Quad LED Projector dan lampu siang LED berbentuk-C yang ikonik
  • Lampu belakang LED dengan nyalaan berbentuk-C
  • Lampu kabus LED
  • Pilihan warna yang ditawarkan: Merah (Burning Red), Hitam (Black Star), Perak (Brilliant Silver), Putih (Solid White)
  • Kunci pintar dengan butang penghidup enjin
  • Stereng dengan suis kawalan Audio, Bluetooth, paparan digital dan kawalan jelajah
  • Sistem Kawalan Jelajah
  • Meter paparan digital berwarna penuh bersaiz 7-inci
  • Paparan skrin sentuh audio bersaiz 8-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto sedia ada, kameraundur, 6 unit pembesar suara, 2 slot outlet kuasa 12V dan 4 slot USB
  • Pendingin hawa Dwi Zon Automatik dengan corong udara di belakang
  • Intelligent Predictive Forward Collision Warning
  • Brek Kecemasan Hadapan Pintar
  • Amaran Pemandu Pintar
  • 6 beg udara SRS

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Nissan Navara VL Auto:

  • Rel para bumbung kemasan perak
  • Cermin sisi kuasa boleh laras dan dilipat bersama indikator signal jenis LED
  • Rim Aloi dwitona 18-inci dengan tayar (255/60R18)
  • Dimensi keseluruhan – Panjang x Lebar x Tinggi (mm): 5,260 x 1,850 x 1,860
  • Tempat duduk sport separa bucket diinspirasikan daripada Graviti Sifar dengan kemasan kulit berwarna hitam, dengan pelarasan automatik 8-arah dan sokongan lumbar 2-arah untuk pemandu
  • Kemasan tempat duduk kulit dengan corak heksagon dan jahitan benang berwarna perak
  • Sistem pengelap cermin dengan penderia hujan
  • Monitor Pandangan Keliling Pintar dengan Pengesan Objek Bergerak dan Mod off-road
  • Amaran Berlepas Laluan
  • Amaran Titik Buta
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Bantuan Lampu Tinggi
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar
  • Penderia undur dan pelumpuh (Immobilizer)

Nissan Navara PRO-4X:

  • Jeriji hadapan ‘Interlock’ baharu yang kemasan hitam yang tertera perkataan ‘NAVARA’ di atasnya
  • Emblem Nissan berwarna hitam di hadapan dan belakang
  • Kemasan warna oren dan hitam pada bampar hadapan
  • Fender hitam dengan kemasan berwarna oren
  • Rel para bumbung, cermin sisi, pemegang pintu dan pemijak sisi berwarna hitam
  • Rim aloi PRO-4X bersaiz 17-inci kemasan hitam dengan tayar All-Terrain (255/65R17)
  • Sistem Utili-Track Channel baharu dengan 2 saluran dan 4 cangkuk aluminium tahan lasak
  • Dimensi keseluruhan – Panjang x Lebar x Tinggi (mm): 5,260 x 1,875 x 1,855
  • Pilihan warna yang ditawarkan: Kelabu (Stealth Grey), Merah (Burning Red), Hitam (Black Star) dan Putih Mutiara (tambahan harga RM 1,300)
  • Tempat duduk sport separa bucket diinspirasikan daripada Graviti Sifar dengan kemasan kulit berwarna hitam, bersama sulaman logo PRO-4X dan jahitan benang Oren, dengan pelarasan manual 6-arah.

Selain itu, pelbagai Aksesori Eksklusif juga ditawarkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana terdahulu):

PAKEJ PROTECTION

@ RM 10,950
(untuk PRO-4X Auto/ VL Auto)

PAKEJ PREMIUM
@ RM 10,150
(untuk V Auto)
PAKEJ PREMIUM
@ RM 10,150
(untuk SE Auto/Manual)
PAKEJ UNDER PROTECTOR
@ RM 3,200
(untuk Single Cab Manual)
Black Sport Bar

(PRO-4X Auto sahaja)

ATAU

Chrome Sport Bar

(VL Auto sahaja)

Chrome Sport BarChrome Sport BarOil Sump Guard
Leather Combination Seats9-inch Display Audio with Infotainment & Reverse CameraFuel Tank Guard
Oil Sump GuardV-Kool Security Tinting FilmV-Kool Security Tinting FilmSide Step
Fuel Tank Guard
Stainless Steel Kick Plate
Door Visor
Driving Video Recorder (DVR)
V-Kool Security Tinting Film

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “[email protected]” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply