Dalam diam-diam, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan pakej aksesori Tomei untuk model sedan segmen-Bnya iaitu Almera Turbo.
Nama Tomei memang tidak asing lagi dalam sukan permotoran dan merupakan antara syarikat penalaan tersohor di Jepun. Dua pakej ditawarkan untuk Tomei Package bergantung kepada varian dengan harga jualan RM8,000.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Almera Tomei Package (varian VL dan VLP)
- Tomei Aerokit yang merangkumi spoiler bampar depan dan belakang dwitona, skirt sisi dwitona.
- Boot lid spoiler
- Filem penapis haba ICE Cool
- Injak sport termasuk untuk perehat kaki
Almera Tomei Package (varian VLT)
- Tomei Aerokit yang merangkumi spoiler bampar depan dan belakang dwitona, skirt sisi dwitona.
- Pelindung pemegang pintu
- Plat injak
- Visor pintu
- Filem penapis haba ICE Cool
- Injak sport termasuk untuk perehat kaki
Turut ditawarkan adalah aksesori pilihan Tomei GT Wing dengan harga RM1,400. Kesemua pakej aksesori Tomei ini ditawarkan dengan waranti selama tiga tahun atau 100,000 km.
ETCM kini sedang mengadakan promosi di mana setiap pembelian Almera Turbo (semua varian) akan menerima pakej akseosri Tomei ini secara percuma. Pelanggan hanya perlu membayar tambahan RM1,400 sahaja jika ingin memasang Tomei GT Wing.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI