ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Serena S-HYBRID facelift dilancarkan – Dua varian, harga dari RM149,888

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), hari ini melancarkan Nissan Serena S-HYBRID facelift dengan reka bentuk yang diperbaharui dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Model MPV keluarga ini yang dipasang di Serendah, Selangor ini ditawarkan dalam dua pilihan varian, iaitu Serena S-HYBRID Highway Star dan Serena S-HYBRID Premium Highway Star.

Berikut adalah senarai harga mengikut varian:

Varian MSRP (RM)
Nissan Serena S-HYBRID Highway Star RM149,888
Nissan Serena S-HYBRID Premium Highway Star RM162,888

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif, Tan Chong Motor Holdings, Daniel Ho, pihaknya telah menerima lebih daripada 2,000 tempahan sejak ia dibuka pada 13 Jun lalu.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Tambahnya, mereka yang telah menempah kenderaan sebelum 30 Jun 2022, bakal menikmati pengecualian cukai jualan.

Bagi pelanggan ‘terawal’ yang membuat tempahan, ETCM turut menawarkan Perkhidmatan Penyelenggaraan percuma sebanyak 5 kali secara selang seli (termasuk alat ganti dan buruh) dan waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan (tertakluk pada terma dan syarat).

Varian Serena S-HYBRID Premium Highway Star ditawarkan dengan rekaan warna luaran dwitona, bumbung berwarna hitam dan empat pilihan warna yang menarik iaitu Dark Metal Grey, Brilliant White, Radiant Red dan Diomand Black.

Manakala Serena S-HYBRID Highway Star pula, ditawarkan dengan tiga pilihan warna luaran iaitu Brilliant White, Tungsten Silver dan Diamond Black.

Dari segi penampilan, Serena S-HYBRID Serena S-HYBRID facelift didatangkan perubahan kosmetik merangkumi lampu depan dwi projektor rekaan baharu serta jeriji hadapan “V-motion” baharu dengan kemasan krom.

Bampar hadapannya turut direka semula dengan lampu kabus bersepadu dan lampu siang (DRL) di setiap penjuru. Bampar belakangnya pula ditambah kemasan hitam berkilat selain lampu belakang rekaan baharu.

Bagi meningkatkan suasana premium dalam kabin, pelapik kedap bunyi telah ditambah pada penutup roda belakang bagi membantu mengurangkan tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Dari segi keselematan, ia dilengkapi dengan Perisai Keselamatan 360° yang merangkumi Amaran Ramalan Perlanggaran Hadapan Pintar, Brek Perlanggaran Hadapan Pintar, Amaran Keluar Lorong, Amaran Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Monitor Pandangan Keliling (kamera 360 darjah) dengan Pengesan Objek Bergerak Pintar.

Serena S-HYBRID facelift dijana oleh enjin petrol 4-silinder CVTC Berkembar (Continuously-variable Valve Timing Control) 2.0 liter yang dipadankan dengan transmisi XTRONIC CVT dan motor elektrik ECO (Energy Control Motor).

Model ini diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan penggunaan bahan api 14.2 km dan mampu bergerak sejauh 852 km dengan tangki penuh.

Serena S-HYBRID facelift ditawarkan dengan pelbagai ciri kemudahan antaranya Dua Pintu Belakang, Pintu Gelongsor Bebas-Tangan Dwi Kuasa di kedua-dua bahagian dan 7 slot USB.

Ruang dalamannya yang luas mempunyai 13 Konfigurasi Tempat Duduk dengan Captain Seat di baris tengah. Tempat duduk varian Premium Highway Star turut menerima kemasan kombinasi kulit Nappa dengan pilihan upholsteri sama ada warna coklat atau hitam.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan enam-pembesar suaram unit infohibur dengan skrin sentuh 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Varian Premium Highway Star juga didatangkan dengan panel LCD 11.6 inci yang boleh dilipat ke bawah dari bahagian siling.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply