ARKIB

KATEGORI

Buletin

Evija – Nama rasmi hypercar elektrik Lotus Type 130

Berita Global

Views
Lotus Evija Teaser Video

Sudah terang lagi bersuluh! Nampaknya memang benarlah desas-desus yang mengatakan Evija bakal menjadi nama rasmi model hypercar elektrik pertama dari Lotus (sebelum ini dikenali sebagai Type 130). Menerusi satu video acah yang dimuatnaik ke laman YouTube Carscoops.com, nama Evija (sebutan ev-eye-a @ evaia) telah dipaparkan dan ia diumumkan bersempena dengan acara  Goodwood Festival of Speed.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Lotus masih ‘mengunci mulut’ mengenai model tersebut, namun ia dikatakan bakal membuat debut pertama dalam satu acara khas di London hujung bulan ini. Evija bakal memasuki fasa pengeluaran tahun depan dan Lotus mengatakan ia ‘bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah jenama kereta sport ikonik British itu’.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Evija juga menjadi model baharu pertama yang bakal dilancarkan di bawah pemilikan Geely. Pengeluaran Evija bakal dihadkan kepada 130 unit sahaja dan menurut laporan sebelum ini, ia bakal menggunakan casis monocoque gentian karbon dan empat motor elektrik yang mampu menghasilkan lebih dari 1,000 kuasa kuda.

Hypercar elektrik ini juga dikhabarkan bakal dilengkapi dengan aerodinamik aktif dan pek bateri bertekonologi tinggi. Dalam satu kenyataan, ketua pegawai eksekutif Lotus, Phil Popham berkata, Evija merupakan nama yang paling sesuai untuk hypercar elektrik pertama mereka dan semestinya ia lain dari yang lain walaupun masih mengekalkan ciri-ciri Lotus sejati.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply