ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mellors Elliot Motorsport tayang Proton Iriz R5 dengan ‘liveri’ baharu

Sukan Permotoran

Views

Laman Facebook rasmi Mellors Elliot Motorsport (MEM) beberapa jam yang lalu telah memuat naik foto jentera rali Proton Iriz R5 dengan ‘liveri’ baharu bertemakan warna jingga. Proton Iriz R5 yang telah lulus homologasi dari FIA itu bakal dipertontonkan kepada umum di Goodwood Festival of Speed pada minggu ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Ia juga bakal menjadi jentera rali pertama yang lulus homologasi dari FIA untuk kedua-dua pemanduan, sebelah kiri dan juga kanan. Jentera yang akan dikendalikan oleh Ollie Mellors dan Ian Windress pada musim ini akan memperagakan jenama penaja baharu mereka, syarikat pengeluar minuman keras .

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Mellors Elliot Motorsport merupakan sebuah pasukan rali persendirian yang membeli dan mengubahsuai kereta Proton menjadi jentera rali yang lulus homologasi dari FIA. Sebelum Proton Iriz R5, pasukan ini juga pernah membangunkan jentera rali Satria Neo S2000 bersama-sama Proton Motorsports British yang berentap dalam Kejohanan Rali Dunia FIA kategori Super 2000.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mellors Elliot Motorsport

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply