ARKIB

KATEGORI

Buletin

F1 mungkin kembali ke Litar Sepang – Perbincangan kini sedang berjalan

Sukan Permotoran

Views

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengakui pihaknya sedang melakukan perbincangan bersama penganjur perlumbaan untuk membawa masuk semula perlumbaan kereta berprestij dunia, Formula Satu (F1) ke Malaysia tidak lama lagi.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurut K! ONLINE, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, keputusan akhir penganjuran F1 hanya terletak di tangan kerajaan selepas kali terakhir dianjurkan pada 2017. Kata beliau, ketika ini pihaknya sedang melakukan perbincangan dengan F1 dan buat masa ini kita belum dapat sebarang proposal lagi daripada pihak mereka.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Buat masa ini masih dalam proses perbincangan. F1 akan kembali semula atau pun tidak ia bergantung kepada proposal dan juga keputusan kerajaan untuk membawa semula perlumbaan ini pada masa akan datang. Pada 2017, F1 Grand Prix (GP) Malaysia ‘direhatkan’ selepas 19 tahun menganjurkannya bermula pada musim 1999 sebelum menarik diri ekoran mendapati acara tersebut tidak menguntungkan.

Kali terakhir SIC menganjurkan perlumbaan F1 pada musim 2017 dan mereka perlu melihat semula bagi tempoh 5 tahun sama ada F1 ini menguntungkan atau pun tidak. Tambah beliau lagi, jika pihaknya mahu membawa F1 kembali, ia sememangnya memerlukan perbelanjaan yang lebih besar berbanding MotoGP dan  menyebabkan perkara ini masih dibincangkan bagi mengenalpasti pelbagai faktor untuk meneruskan rancangan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply