ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Chery Tiggo 5x facelift sedang diuji?

Foto Intip

Views

Nampaknya ada satu lagi model SUV kompak baharu bakal dilancarkan ke pasaran tempatan tahun ini dan model tersebut adalah Chery Tiggo 5x versi facelift. Kelibat unit ujian model itu telah dikesan oleh rakan pembaca kami bernama Nasz Nasir yang sempat merakam video dan juga fotonya.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Pada mulanya kami beranggapan model tersebut adalah dari jenama Volkswagen, kerana bentuk badannya seakan model T-Roc, namun menerusi rujukan dari laman rakan-rakan media yang lain, kami berpendapat ia adalah Chery Tiggo 5x facelift. Sebelum ini unit yang sama pernah dikesan oleh pemilik akaun Facebook bernama Leslie Jy.

Di rantau Asia Tenggara, model ini hanya terdapat di negara Filipina, namun ia hanyalah model sebelum facelift. Versi facelift buat masa ini hanya dijual di negara asalnya China dan ia dijana oleh pilihan enjin petrol 1.5-liter aspirasi normal yang menghasilkan 114 kuasa kuda dan 143 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Satu lagi pilihan enjin adalah unit 1.5 liter turbo yang menjana 154 kuasa kuda dan 230 Nm daya kilas. Unit penjana ini digandingkan pula dengan pilihan transmisi sama ada lima-kelajuan manual dan tujuh-kelajuan CVT.

Berkemungkinan model ujian yang diintip ini merupakan versi pemanduan kanan (RHD) dan sudah pasti kehadirannya nanti bakal memberi cabaran buat SUV berasal dari China seperti Proton X50 (klon Geely Bin Yue) dan juga satu lagi pendatang baharu yang masih belum dilancarkan iaitu GAC Trumpchi GS3 Power.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply