ARKIB

KATEGORI

Tular

Facebook LPT ‘kena taruk’ dengan pengguna Lebuh Raya KLK, minta tangguh kerja selenggara jalan

Tular

Views

Rata-rata pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengendali laluan tersebut, Anih Berhad ekoran kesesakan berlaku ketika ini.

Ia susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di lebuh raya terbabit sedangkan kebanyakan pengguna mula bergerak pulang ke kampung di Pantai Timur sejak semalam.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Tinjauan Kosmo! di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mendapati, pengguna mula ‘menyerang’ laman tersebut kerana ramai yang terperangkap dalam kesesakan di laluan tersebut sejak semalam.

Jelas pengguna, laluan tersebut mengalami kesesakan teruk bermula dari Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong.

“Time (masa) nak raya baru nak selenggara jalan, bertabahlah perantau-perantau semua,” tulis Hakim Zakaria.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Dekat-dekat nak balik kampung baru nak selenggara, bagus sangat,” tulis Mohamad Hasra. Turut meluahkan rasa kecewa adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Halim Ismail.

“Kenapa ‘repair‘ hari ni, hari ini kan ‘last‘ (hari akhir) sekolah, ramai ambil anak di asrama,” katanya. Terdahulu, LPT memaklumkan, kesesakan itu berlaku di Kilometer (Km) 11.6 dari Km 20.2 sehingga Km 31.8.

“Pantai Timur 1 (LPT 1) trafik lancar sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” kata di laman Facebook. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Najwa Ajwad

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply