ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Peugeot 408 mula jalani ujian di Malaysia, pelancaran semakin hampir?

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian model ‘fastback crossover‘, Peugeot 408 tanpa sebarang pelitup penyamaran telah berjaya dikesan di Malaysia, semalam. Ia telah berjaya dirakam dan dimuatnaik ke akaun Facebook, RWD Industries.

Ini bermakna, Peugeot 408 merupakan salah satu model baharu yang bakal dilancarkan ke pasaran tempatan dalam tahun 2023.

Peugeot 408 telah pun dilancarkan secara rasmi ke pasaran Thailand semasa pameran Bangkok International Motor Show 2023, bulan Mac lalu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Di Thailand, ia hanya ditawarkan dalam versi ‘plug-in hybrid (PHEV)‘ sahaja yang menggabungkan enjin 1.6 liter turbo dengan output 180 PS dan 250 Nm daya kilas bersama motor elektrik berkuasa 110 PS dan 320 Nm daya kilas.

Kombinasi rangkaian kuasa ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 225 PS dan 360 Nm daya kilas yang disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan automatik.

Pek bateri lithium-ionnya pula mempunyai kapasiti 12.4 kWj yang membolehkannya bergerak dengan ‘sifar emisi’ sejauh 63 km.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bateri ini turut menyokong pengecasan AC sehingga 7.4 kW dan tempoh mengecas hanya mengambil masa 1 jam 55 minit sahaja.

Fastback crossover yang dibangunkan dari pelantar EMP2 Stellantis itu mempunyai ukuran dimensi 4,690 mm panjang, 1,848 mm lebar dan jarak antara gandar rodanya pula berukuran 2,787 mm, hampir sama dengan Citroen C5 X.

Di Thailand, tanda harga untuk model Peugeot 408 ini bermula dari 2,790,000 baht (RM359,527). Adakah model ini akan dipasang secara tempatan (CKD) oleh Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) dengan tanda harga lebih menarik untuk pasaran Malaysia?

Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit RWD Industries

Peugeot 408

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply