ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi acah video Triton/L200 2023, debut global di Thailand pada 26 Julai

Berita Global

Views

Mitsubishi mula ‘mengusik jiwa’ warganet dengan mempertontonkan video acah generasi baharu Triton/L200 yang bakal membuat debut globalnya di Thailand pada 26 Julai nanti.

Gambaran awal reka bentuk trak pikap itu telah dipersembahkan dalam bentuk model konsep, iaitu XRT Concept sempena Bangkok International Motor Show 2023 pada Mac lalu.

Menerusi video acah itu, Mitsubishi turut memperlihatkan imbasan rekaan papan pemuka yang kelihatan moden dan ringkas, dengan menampilkan paparan infohibur gaya terapung di bahagian tengah.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Kelihatan juga tombol pilihan mod 4WD (2H, 4H, 4HLc dan 4LLc) jenis putar, tuil brek tangan konvesional dan juga butang kawalan pendingin hawa dan kawalan cenuram.

Pengarah reka bentuk program Mitsubishi Motors, Norihiko Yoshimine berkata, reka bentuk Triton/L200 2023 diilhamkan daripada konsep ‘Beast Mode‘, dengan reka bentuk badan seolah-olah haiwan pemangsa.

Reka bentuk hadapan Triton/L200 2023 menampilkan lampu yang terpisah, dengan lampu siang (DRL) berada di atas, manakala lampu utama jenis LED berbentuk ‘tiga ketul kiub’ yang mengapit jeriji yang besar di tengahnya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Lampu belakang juga agak unik dengan jejalur cahaya membentuk huruf-T yang melintang. Buat masa ini Mitsubishi ‘masih menyimpan rahsia’ berkenaan dengan spesifikasi teknikalnya.

Namun menurut laporan, ia bakal menggunakan casis kerangka tangga (ladder frame) dipertingkatkan, yang turut dikongsi dengan Navara generasi baharu.

Ukuran dimensi trak pikap dwi-kab ini bermungkinan akan lebih panjang dan lebar berbanding model sebelumnya.

Model pengeluarannya nanti akan tiba di pasaran Thailand semasa tahun fiskal 2023 (dari April hingga ke Mac 2024) dan kemudiannya disusuli oleh pasaran ASEAN, Oceania dan lain-lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Mitsubishi XRT Concept

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply