ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fakta ringkas menarik Honda Civic generasi ke-11

Info

Views

Semalam, secara rasminya Honda melancarkan model Civic sedan generasi ke-11 untuk pasaran Amerika Syarikat. Merupakan salah satu antara model terlaris di negara ‘Uncle Sam’ tu sejak 48 tahun yang lalu, Civic kembali kepada falsafah reka bentuk pada tahun 1970-an yang menjadikannya sangat berjaya pada ketika itu, iaitu “Man Maximum/Machine Minimum“.

Apa yang menarik mengenai Civic generasi ke-11 ini? Kami huraikannya secara ringkas:

  • Reka bentuk Civic generasi ke-11 tampil lebih ringkas, namun masih kelitan anggun dan elegan. Bagi menampilkan gaya premium, tiang-Anya dianjakkan dua inci ke belakang. Ini sekali gus menjadikan hudnya lebih panjang dan memberikan kadar nisbah rekaan yang lebih klasik.
  • Trek belakangnya kini lebih lebar yang diperjelaskan dengan garis bahu belakang lebih padu dan lampu belakang yang lebar.
  • Lapan pilihan warna ditawarkan termasuk tiga warna baharu, Meteorite Gray Metallic, Sonic Gray Pearl dan warna yang eksklusif untuk Civic, Morning Mist Blue Metallic.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

  • Ruang dalaman yang lebih lapang dan premium menerusi reka bentuk serta susun atur papan pemuka yang minimalis dan moden. Ia menampilkan panel instrumen digital sepenuhnya bersaiz 10.2-inci dan paparan unit infohiburan 7-inci standard. Selain itu, paparan bersaiz 9-inci turut ditawarkan sebagai pilihan.
  • Civic masih masih mengekalkan butang kawalan fizikal untuk melaras pendingin hawa dan sistem audio. Sistem bunyi Bose dengan 12 unit pembesar suara buat pertama kalinya diperkenalkan pada sedan itu.
  • Papan pemuka menampilkan kemasan ‘sarang lebah’ melintang di tengah-tengah yang kelihatan unik dan ranggi. Yang menariknya, corong pendingin hawa kini tersembunyi dan paling penting tidak meninggalkan kesan cap jari seperti kemasan hitam piano,
  • Walaupun panjang serta lebarnya semakin bertambah, Honda telah memperkukuhkan struktur badan Civic menerusi penggunaan aluminium dan keluli berkekuatan-tinggi. Ini telah mempertingkatkan kekakuan kilasannya sebanyak lapan peratus dan ketegaran lenturan 13 peratus yang memberi kelebihan pada pemanduan, pengendalian dan keselamatan.
  • Buat pertama kalinya, Honda memperkenalkan beg udara pertama yang direka bagi mengurangkan kecederaan otak. Beg udara sisi pemandu berbentuk donat itu akan menghayunkan kepala ketika kemalangan, manakala tiga lagi beg udara sisi bahagian penumpang akan terbuka seperti biasa.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

  • Civic generasi ke-11 masih mengekalkan dua pilihan enjin, iaitu enjin 2.0 liter aspirasi normal 158 kuasa kuda dengan 187 Nm daya kilas dan enjin turbo 1.5 liter, sama seperti generasi sebelumnya tetapi telah telah ditala semula sehingga mampu menghasilkan 180 kuasa kuda dan 240 Nm daya kilas, naik 6 kuasa kuda dan 20 Nm daya kilas.
  • Transmisi CVT turut ditala bagi membolehkan penukaran gear yang hampir dengan transmisi konvensional. Malah, ketika sedang membrek, transmisi ini diprogramkan untuk menurunkan gear kepada yang lebih rendah.
  • Model ini dilengkapi Honda SENSING dengan unit kamera baharu serta perisian yang dinaik taraf bagi membolehkannya mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan lain dibuat dengan lebih pantas.
  • Selain itu, kawalan jelajah adaptifnya juga telah dipertingkatkan.

Civic akan mula berada di pasaran Amerika Syarikat pada musim panas nanti dan akan dikeluarkan di fasiliti Honda di Ontario, Kanada. Untuk pasaran Malaysia, kami difahamkan ia bakal dilancarkan seawal tahun ini dan menurut ejen Mat Bond, desas-desus mengatakan fasa pengeluarannya dijangka bakal bermula sekitar bulan Ogos tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply